BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk bimbang balai raya mula rosak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Bumbung balai raya bocor dan mula rosak akibat dimakan anai-anai.​

SERI KEMBANGAN - Serangan anai-anai di balai raya sekitar Seri Kembangan didakwa menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang menggunakan kemudahan itu.

Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Loka Ng Sai Kai berkata, terdapat bumbung balai raya yang bocor dirosakkan anai-anak yang bersarang di situ.

Beliau berkata, disebabkan bimbang bumbung reput dimakan anai-anai terjatuh, beliau terpaksa membuat aktiviti atau program di luar bangunan itu.

"Saya difahamkan pihak majlis ada lantik syarikat kawalan serangga, tetapi mengapa masih berlaku masalah ini? Jika bumbung reput terjatuh dan mengenai orang awam bagaimana nak jawab?

"Saya minta masalah ini diambil serius, jika dibiarkan kemudahan awam akan rosak dan perlu perbelanjaan tinggi untuk membaikinya kelak," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kontraktor dilantik pihaknya hanya membuat langkah pengawalan serangga di kawasan permukaan.

"Majlis perlu lantik kontraktor lain untuk atasi masalah ini, saya akan minta Jabatan Penilaian MPSJ buat pemeriksaan di balai masyarakat terjejas dan ambil tindakan serta-merta," katanya.
 
Back
Top
Log in Register