BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Aceh gempar penemuan daging kalimah Allah

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg


BANDA ACEH - Penduduk Banda Aceh di Kampung Baro gempar dengan penemuan daging korban yang tertera padanya kalimah Allah baru-baru ini.

Portal berita merdeka.com melaporkan, daging istimewa itu ditemui ketika penduduk kampung sedang mengagihkan daging korban kepada mereka yang berkenaan pada 25 September lalu.

Penemuan daging yang tertera kalimah Allah itu mula ditemui pemiliknya dan cerita penemuan itu hanya dimaklumkan kepada ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat, namun ia mula tersebar setelah berita unik itu turut dikongsi beberapa daerah lain yang mengalami fenomena yang sama.

Seorang saksi, Fani menyedari daging korbannya tertera kalimah Allah ketika dia mahu memasaknya.

“Ketika daging dipotong, saya terkejut melihat ada tulisan kalimah Allah pada daging itu,” katanya.

Tambahnya, dia telah memotong daging itu kepada 14 potongan dan ia disimpan di dalam peti sejuk.

“Orang pertama yang menemui daging berkalimah Allah itu ialah Fani, lalu dia menyimpannya dan memberitahu penemuannya itu kepada rakan-rakan. Dia kagum dengan penemuan tersebut,” kata Ketua Dusun Jeumpa, Kampung Baro, Banda Aceh yang dikenali sebagai Rasam.

Salah seorang peserta korban, Wardiah berkata, setelah mengetahui penemuan daging kalimah Allah itu, dia bertindak menghubungi Fani dan meminta sebahagian hirisan daging tersebut untuk disimpan.

“Saya diberi sekeping hirisan daging istimewa itu. Saya menjemurnya hingga kering dan saya simpan dalam plastik, manakala daging milik Fani disimpan dalam peti sejuk,” katanya yang mendakwa lembu korban kepada daging unik itu kelihatan tidak melawan dan menurut perintah sehingga ia disembelih.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...g-kalimah-allah-1.142160#sthash.mGVXSHkN.dpuf
 
Subhanallah....

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.
 
Beruntungnya. Kat mesia takde yg dpt ke?
 
Back
Top
Log in Register