BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendidikan Rukun Negara akan diperkenal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Kementerian-Perpaduan-2.jpg


KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam usaha untuk memperkenalkan silibus baharu berkaitan Pendidikan Rukun Negara bagi menggantikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang ditamatkan pada 2013.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, usaha itu bersempena dengan sambutan 50 tahun Rukun Negara yang telah dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai lalu.

Jelasnya, subjek berkenaan bukan sahaja akan diimplementasikan di sekolah rendah dan menengah malah turut melibatkan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kalau dulu kita ada pendidikan sivik, masa saya dulu ada pendidikan tatanegara, kita hendak serapkan kembali Pendidikan Rukun Negara ke sistem pendidikan melalui sekolah-sekolah di sekolah rendah dan menengah.

“Juga aktiviti sekretariat Rukun Negara bersama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Halimah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang meminta kerajaan menyatakan adakah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bakal diperkenal semula.

Sebelum ini, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk menjadikan Pendidikan Rukun Negara sebagai teras kerajaan.

Beliau berkata, agenda itu akan diterajui dua kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


== UTUSAN ONLINE
 
masa aku sekolah dulu setiap buku nota ada Rukun Negara ..sekarang masih ada lagi ke?

Maka kami, rakyat Malaysia akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita berdasarkan atas prinsip-prinsip tersebut (pastu dah tukar jadi "berikut) sebab "tersebut" dikira past tense..

kalo NegaraKu panjang sangat xper ... tapi sape2 taktau Rukun Negara baik gantung diri atau terjun laut je ..
 
Back
Top
Log in Register