BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapat anda tentang bayaran kelas forex

sampai sekarang aku still tak faham apewr2 fasal forex nih...

xpe bang.. abang xyah sakit2kan kepala pasal forex ni eeek.. teruskan dengan apa yg abang rasa abang faham.. peaaace:)
 
aku pun samela.. smpai sekarang tak tau lagi pe itu porek hah??:-? :-? :-?
 
ko jgn macam2 bang.. aku sunat ko lagi skali baru tau... kali ni aku belah empat :))

ok gak tu... aku pun quota ad 4 lagi.. so ckup la skali gus... sonang sikit kerja.. porek2 ni xpandaila.. kalau menoreh pandaila.. klu sape2 nk belajar aku bole buka claz menoreh....
 
aku pun tak kenal porek hehehe

ni masta sorang ni pon ngade2 mcm c deqda gak.. yg ni aku bagi belah spuloh.. bila kencing cantek sket.. air klua mcm bungooo :))
 
bagi aku kelas berbayar nih tak logic...
macam mr nuke kata... kalo nak jd cikgu kene backgroud pawa...
kalo nak jd cikgu forex mesti dah berjaya dalam forex...
kalo dah kayaraya dangan hasil trade forex... fee kelas tuh untuk apa???

sama la ngan org yg nak jual EA... kalo dah EA tuh pawa leh buat profit...
lagi mau jual??? tak logic... kalo share profit bleh consider lagi...
tp kalo jual tuh tak logic...

kalo kelas berbayar, anak murid complaint... sistem hampeh... cikgu penipu...
kalo kelas free, cikgu plak yg complaint nye... anak murid tak reti menghargai ilmu yg diajarkan...
dunia forex yg mmg hampeh... kua kua kua...:(scam :(scam


Hampeh kee? aku rasa cam best je dunia forex ni.. :)cgrock :)cgrock
 
apa itu kelas forex??? adakah mcm nasi yg di makan....:)) :))
 
apa itu kelas forex??? adakah mcm nasi yg di makan....:)) :))

kelas forex adalah.. apabila seorang guru forex mendapat duit yuran kelas mcm kena no4D.. bila dah banyak duit.. tanggungjawab semua dilupakan.. pastu suka tabur2 janji.. tunggu punya tunggu janji2 tu semua cuma orang2 yg tertentu je yg dapat.. tak semua pooon..

itu lah kelas forex.. mcm nasi yg di makan tu pon leh terima jgk tuuuu.. aku leh terimaaa.. :eek: :eek:
 
Pendapat Saya

Assallammualaikum wbt pada semua warga CG thread ini amnya pada sedara saya Mr Nuke yang telah banyak membangunkan 'manusia' dari lenanya. Saya hormati pengorbanan sedara Mr Nuke utk tujuan itu.

Saya ingin memberikan pendapat saya tentang kelas berbayar ni walaupun agak baru dalam dunia forex ni. Apa2pun kita harus terbuka dan bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan disini serta sudah tahu akan implikasi dari penulisan kita sendiri walaupun ianya adalah utk thread forum terbuka seperti ini. Sebarang penulisan mistilah mempunyai bukti kerana bagi saya, apa yg kita tulis itu adalah nyata dan tepat tambah2 lagi ini melibatkan individu atau beberapa lagi sifu/guru kelas berbayar.

Bagi saya kelas berbayar ini terpulang pada diri seseorang untuk menerimanya atau tidak. Kajian awal amat perlu untuk memberikan keputusan akhir dari dari setiap sen pembiayaan mengikuti kelas ini nanti. Samada ianya bagus atau tidak, untung atau rugi... terpulang pada orang yg telah membuat keputusan itu sendiri. Jadi... adalah mustahak serta menjadi satu kewajiban untuk setiap newbies yang baru kan berjinak-jinak didalam forex untuk mendahului 'pendekatan mencari maklumat' utk guru/sifu yang bakal mengajarnya. Ini satu keperluan kerana ianya akan memperlihatkan keputusan mudtakhir dari investmentnya nanti.

Untuk seseorang mengikuti kelas berbayar itu bukanlah masaalah sebenarnya. Ada beberapa masaalah awal yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Pertama, apakah kita cukup wang untuk mengikuti kelas berbayar tersebut sebab investment ini mungkin tidak memberikan pulangan dari modal kita itu? Kedua, apakah kemampuan 'live forex' sebenar guru yg bakal memberikan ilmu forexnya pada kita? Ketiga, apakah kita sudah melihat bukti dari anak murid guru kelas berbayar ini akan keuntungan melebihi kerugian dari pembelajarannya? Keempat, apakah keistimewaan kelas berbayar ini dari kelas berbayar yg lain? Kalau semua ini telah kita jalankan dan jawapannya adalah positif, maka tidak salah untuk seseorang itu mengikuti kelas berbayar tersebut walaupun ianya disatu harga yang paling tinggi. Bagi saya, tinggi atau rendahnya harga kelas bukan persoalan disini kerana kalau seseorang itu tak mampu untuk mengikuti kelas yg harganya tinggi ia boleh mencari guru yang memberikan latihan/seminar pada harga yang lebih murah.

DiMalaysia, banyak juga sifu/guru forex mambuat kelas/seminar dengan harga yang berpatutan mengikut kemampuan kita. Kemampuan untuk membayar harga tersebut adalah terletak pada diri orang yang bakal mengikuti kelas itu cuma apa yang penting adalah 'kepuasan' dari pembiayaan yang dikeluarkan. Kepuasan yang dimaksudkan adalah setiap apa yang ingin dipelajari telah dapat ditunaikan oleh guru/sifu yang mengajarnya. Perlu ditekankan disini, FOREX adalah melibatkan wang dan wang tersebut mungkin dari mata pencarian seseorang. Dalam ertikata yang lain, forex melibatkan kehidupan seharian seseorang 'current atau future trader'. Melibatkan diri dalam forex adalah satu investment yang benar2 risky jadi mempelajari ilmu forex adalah satu pembelajaran yg memerlukan seorang guru yang kompeten utk mengajarnya. Bukan sebarang orang boleh mengajar forex sebab kegagalan guru memberikan ilmu akan membuat pelajarnya menanggung kerugian yg besar selepas ini. So, in conclusion, forex training is a competency based training. The failure of the trader is a failure of his or her trainer/instructor. Ini tak boleh kita nafikan.

Maka sebab itu kata saya tadi, sebelum memilih guru utk mempelajari ilmu forex ini, kita mistilah membuat pendekatan utk memilih guru yg benar2 mahir utk memimpin kita. Taidak semua trader akan berjaya setelah mempelajari ilmu dari guru ini tetapi kalu dari 10 trade yg dimasukki, 8 trades menghasilkan keuntungan... itu sudah dikira satu kejayaan.

Saya sendiri telah mengikuti kelas berbayar malah ada juga membeli signal (signals subscibing) tapi tak semuanya menghasilkan apa yg saya inginkan? Apakah itu satu kesilapan? Ya dan tidak. Ya sebab saya gagal membuat apa yg harus saya lakukan pada peringkat permulaan sebelum saya invest wang saya utk belajar. Tidak pula kerana ini memberikan saya peluang bertemu seorang atau beberapa lagi guru/sifu yang lebih baik dari guru pertama saya. Jadi, kesimpulannya, setiap yang buruk ada kebaikkannya. Tak semua guru tak bertanggungjawab malah ada sesetangah guru/sifu melakukan tanggungjawabnya melebih had masa dia sebenarnya. Tak payah saya nyatakan secara butir siapa dan apakah komitment beliau terhadap saya dan pelajar2 lain. Ada juga yang berjanji dan tak dapat melaksanakan janji beliau.

Secara jujur, kita manusia saling membuat kesilapan tapi kalau kesilapan yang dilakukan dapat diperbetulkan, maka tidak ada lagi kesilapan yang bakal dilakukan. Tapi kalau kesilapan yang dilakukan mendapat tentangan... apakah itu satu kebaikkan. Setiap pelajar ada hak untuk mendapat bimbingan gurunya tambahan lagi apabila pelajar tersebut adalah pelajar baru. Ia mmg memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar utk beberapa ketika sebelum ianya dapat menjalankan urusan forex ini secara persendirian. Tunjuk ajar pertama, kedua dan ketiga adalah mustahak. Mendapat pertunjuk dari pelajar lain bukanlah cara mudah utk keluar dari permasaalahan. Sebagai guru/sifu dia HARUS terbuka menerima TEGURAN dan menafaatkan terugan tersebut utk kebaikkan kelas2 yang bakal diadakan nanti. Setiap teguran dari pelajar bukannya untuk menjatuhkan sifu cuma memperbetulkan keadaan. Kekadang kita AKAN MENJADI terlalu angkuh, sombong dan tidak peka lagi kerana kita telah punya banyak pelajar makanya disinilah akan berlaku beberapa kesilapan. A trainer/instructor has to gauge his support level from time to time! He cannot just stick to the current ways. Supports has to meet current demand and sometimes, he needs to change the way the current mode of support to suit every trainees and not just FEW. They are ALL your trainees and its your responsibility to guide them as you have accepted them to be one. Komitmen terbesar inilah yang selalunya gagal ditangani oleh beberapa sifu/guru forex.

Saya terkilan dengan seorang guru yang tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya pada semua (bukan segelintir) pelajar yang telah dilatih. Pada pelatih2 forex pulak, janganlah terlalu TAKSUB dgn seseorang guru... sebab kita semua adalah manusia, tak lari dari membuat kesilapan. Setiap kesilapan ada hikmah disebaliknya... macam apa yang terjadi sekarang, sifu tersebut sudah terasa akan tanggungjawab yang harus dipikulnya maka harap2 selepas ini akan memperbaiki cara interaksi beliau dgn pelajar2 didiknya insya'allah.

Saya akan berforex cara saya sekarang, mengikuti semua sifu2 yang memberi penerangan diCG sebagai asas entry dan juga utk seorang lagi sifu saya senantiasa membantu pelajar2nya diforum peribadinya. Untuk sifu yang mempunyai masaalah dengan pelajar2nya... betulkan lah keadaan sebelum terlewat. Dan jangan selalu percaya pada yg 'BERMUKA2' didalam thread atau forum anda kerana tidak semua yg baik itu baik dan tidak semau yang buruk itu buruk dan jahat.

Ini adalah pandangan saya tentang kelas berbayar... apa2 yang saya nyatakan didalam ini adlah dari pengalaman dan pengamatan saya sendiri dan saya bertanggungjawab dari tulisan ini.

Majulah forex utk diri kita dan pemorex2 yang lain.

-mamu-
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13496
USD / JPY
157.384
GBP / USD
1.32332
USD / CHF
0.83339
USD / CAD
1.41883
EUR / JPY
178.624
AUD / USD
0.69892
Back
Top
Log in Register