BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penambahbaikan Persimpangan Bertingkat EDL: Beberapa Jalan Utama Di Johor Bahru Ditutup, Dilencongkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penambahbaikan Persimpangan Bertingkat EDL: Beberapa Jalan Utama Di Johor Bahru Ditutup, Dilencongkan​

5e4504dd3b8a67e8527a61084cd115306a0828be5572f

459359b280f12285d2d720ff235dcef76a0828f9687a7

463bea7044d3c6387c3c0a65e15204d76a0829294f5ea

ab264e56acdb88b677ac0d194cce66fe6a08296e1c5de


Beberapa penutupan jalan dan lencongan sementara di sekitar persimpangan utama bandar raya ini mula dilaksanakan pada Khamis lepas bagi memberikan laluan kepada Projek Penambahbaikan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya EDL - Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Tebrau.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan penutupan dan lencongan itu melibatkan dua lokasi utama, iaitu Persimpangan Jalan Lingkaran Dalam/Jalan Tebrau serta Persimpangan Jalan Lingkaran Dalam/Jalan Tun Abdul Razak.

Berdasarkan pelan trafik yang dikeluarkan, lencongan berkenaan merangkumi aliran trafik di Jalan Lingkaran Dalam dari Dataran Bandaraya ke Menara MBJB dan pusat bandar serta dari Stulang Laut ke Kota Tinggi.

Keseluruhan projek pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Sept 2028.

Sehubungan dengan itu, IRDA menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu di kawasan terlibat sepanjang tempoh pembinaan dijalankan.

“Pihak kontraktor akan sentiasa memaklumkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat. Justeru, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik di kawasan terlibat boleh menghubungi talian bantuan 013-399 8088 atau menerusi Facebook rasmi Iskandar Malaysia untuk maklumat lanjut.

 
Back
Top
Log in Register