BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beberapa Jalan Utama Di Seremban Ditutup Sempena Latihan Simulasi Pasca-PRN

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Beberapa Jalan Utama Di Seremban Ditutup Sempena Latihan Simulasi Pasca-PRN​

eff3c0fb503c3643a1c92eeedc7ea27b6a4dc8c5e6e54

Kredit: FB - Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Beberapa jalan utama di pusat bandar Seremban ditutup dan dilencongkan secara berperingkat selama dua hari bermula esok untuk Latihan Simulasi Eksesais Pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata penutupan jalan pada esok dari 3 petang hingga 5 petang bagi tujuan raptai manakala dari 3 petang hingga 5.30 petang Jumaat susulan hari simulasi pasca-PRN itu.

Beliau berkata antara jalan utama terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Lorong Khalsa dan Jalan Lim Kee Siong.

“Laluan lain ialah persimpangan Jalan Tuanku Hassan/Jalan Yam Tuan (Madura), Jalan Lee Fong Yee/Jalan Yam Tuan, Jalan Lim Kee Siong/Jalan Jawa dan Lorong Khalsa/Lorong Jawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yatim berkata pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif antaranya Jalan Dato' Abdul Malik, Jalan Tunku Hassan, Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato' Abdul Kadir.

Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik yang bertugas serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menerusi talian 06-6033477 atau 06-6014999.

 
Back
Top
Log in Register