BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penamaan Calon Bagi Pilihan Raya Parlimen Belia Diadakan Pada 8 Ogos - Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penamaan Calon Bagi Pilihan Raya Parlimen Belia Diadakan Pada 8 Ogos - Johari​

b4ee9546c34b0a32d7eae480d85495c66a04569a4aca1

Tan Sri Johari Abdul

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Parlimen Belia telah ditetapkan pada 8 Ogos untuk memberi peluang kepada mereka yang dipilih mengikuti persidangan Dewan Rakyat yang bersambung pada Oktober depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata inisiatif itu antara lain bagi memberi pendedahan awal kepada generasi pelapis berkenaan institusi Parlimen.

“Ini adalah usaha untuk memperkukuh masa depan negara dengan memberi peluang kepada anak muda memahami fungsi dan peranan Parlimen sejak awal lagi,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini, hari ini.

Johari berkata setakat ini sebanyak 12 parti telah mendaftar bagi pilihan raya berkenaan melibatkan pelajar universiti.

"Pendaftaran parti masih lagi dibuka untuk mana-mana belia berumur 18 hingga 30 tahun yang bukan mahasiswa untuk menubuhkan parti masing-masing," katanya.

Mengenai pemilih, beliau berkata pengundi Parlimen Belia tidak diterima secara automatik malah perlu mendaftar menerusi saluran yang disediakan dengan 300,000 individu disasarkan untuk mengundi.

Katanya, selain promosi melalui media sosial, beliau sendiri akan turun menjelajah ke seluruh Malaysia untuk menarik minat selain memberikan pendedahan secara bersemuka kepada golongan muda.

Mengenai program hari ini, Johari berkata ia merupakan antara usaha untuk memberi gambaran serta kefahaman mengenai pelaksanaan dan peranan Parlimen Belia dalam melahirkan generasi muda yang celik demokrasi dan kepimpinan kepada penduduk setempat.

 
Back
Top
Log in Register