BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penagih bunting antara ditahan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

SEBAHAGIAN daripada suspek yang ditahan dalam operasi cegah salah guna dadah di Sungai Bonus, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ketika wanita hamil lain begitu teruja menjaga kandungan dengan penuh kasih sayang, lain pula kisahnya bagi seorang wanita yang hamil dua bulan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini apabila dia didapati ‘berkongsi’ dadah bersama kandungannya itu.

Perkara itu terbongkar setelah wanita berusia 30 tahun itu ditahan bersama kekasihnya yang merupakan seorang pemandu teksi ketika kedua-duanya sedang khayal mengambil dadah jenis syabu di dalam semak berhampiran PPR berkenaan.

Pasangan kekasih terbabit merupakan antara 44 individu yang ditahan dalam Operasi Gerak Tumpuan yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama seminggu di PPR berkenaan bermula 12 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib berkata, daripada jumlah tersebut, 30 individu didapati positif dadah, 10 dibebaskan manakala empat lagi merupakan pengedar dadah kecil-kecilan.

“Empat pengedar tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala 30 individu yang positif dadah pula dihantar ke pusat pemulihan untuk menerima rawatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi di PPR Sungai Bonus di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abd. Halim Abd. Samad dan Yang Dipertua Majlis Gabungan Pengerusi Penduduk PPR Kuala Lumpur, Razak Abdul Karim.

Izhar berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun dan pihaknya turut merampas sebanyak 45 peket heroin dan tiga peket syabu yang dianggarkan bernilai RM3,000 sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan meneruskan operasi itu di lapan lagi PPR sekitar ibu negara yang disenaraikan sebagai kawasan berisiko tinggi dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Lapan PPR terbabit merupakan antara 27 kawasan berisiko tinggi di daerah Sentul iaitu PPR Wangsa Sari, Datuk Keramat, PPR Jelatek, PPR Desa Rejang, PPR Intan Baiduri, PPR Batu Muda, PPR Sri Perak, PPR Sri Kelantan dan PPR Sri Taman Wahyu.

“Daripada keseluruhan kawasan di ibu negara, Flat San Peng dikatakan sebagai lokasi yang paling berisiko,” ujarnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penagih-hamil-ditahan-1.38674#sthash.KShhYkig.dpuf
 
penyokong tegar BN... ingat pakai baju tue boleh lepas kot...
 
kesian baby dlm perut tu kecik2 dah tercemar dengan dadah
 
im speechless..bak kata org2 skrg ni..ahaks
 
Back
Top
Log in Register