BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai Kanan, Dua Anggota Polis Antara Ditahan Di Pusat Hiburan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
ad379d87da88b3426b57cb2078424bbb696356500a794

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis antara yang ditahan dalam serbuan di dua premis hiburan di Ipoh, Perak pada 5 April.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 26 dan 40 tahun bertugas di Johor manakala pegawai kanan itu di Perak.

“Koperal terbabit didapati positif ketamin manakala rakannya positif methamphetamine, amphetamine dan ketamin. Ujian ke atas pegawai kanan pula didapati negatif dadah.

“Tindakan ini membuktikan kita tidak berkompromi terhadap sebarang kesalahan termasuk yang melibatkan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhannya, 59 lelaki dan 28 wanita ditahan dalam serbuan di Bandar Baru Medan Ipoh dan Taman Ipoh itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register