BTC USD 57,108.8 Gold USD 1,824.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda PR serah surat jemputan debat

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,254
Reaction score
28
Points
70
GEORGETOWN, 22 Feb: Ketiga-tiga sayap Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang berjaya menyerahkan surat jemputan menyertai 'Debat Perdana' khas isu tohmahan kononnya penganiayaan kerajaan negeri terhadap peniaga Melayu.

Surat berkenaan diserahkan ke pejabat Umno Jalan Macelister dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) berdekatan Dewan Undangan Negeri kecuali pejabat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kerana ditutup.

Rombongan yang diketuai Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Amir Ghazali turut disertai Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik.

Yusni berkata, surat jemputan kepada Yang Dipertua DPMPP, Rizal Faris Mohideen pada pukul 10.30 pagi ini namun beliau tiada di pejabat, begitu juga Ketua Pemuda Umno negeri, Norman Zahlan juga tiada di pejabat manakala Presiden GPMS, Jais Karim dikatakan tiada di negeri ini kerana menghadiri program lain.

"Kita sudah lepas tanggungjawab kerana menjemput mereka berdebat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan,” ujarnya.

Mereka bertiga bakal dipertemukan dengan wakil Kerajaan PR negeri dalam Debat Perdana yang dijadualkan pada 7 Mac depan di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula 9.00 malam.

Amir pula membidas ketiga-tiga organisasi itu supaya bersikap berani berhadapan dengan pemerintah yang dituduh menzalimi rakyat.

"Jangan tuduh sahaja sebaliknya berani turun padang dengan berbekalkan fakta yang kukuh di arena perdebatan," katanya.

Ng Wei Aik tetap mempertahankan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dan menuduh tohmahan yang dilemparkan mempunyai matlamat tertentu.
Sumber
---------
Kalau UMNgOk ada teloq, mai la berdebat tegakkan benang yg basah. :))
 
Sponsored Post

alfa123

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2010
Messages
120
Reaction score
0
Points
10
Diorang mesti x nak punya...lebih2 katak si katak
 

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Kita tgk siapa yg kena...:D
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
diowang ni mana berani ....
 

joned

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 6, 2008
Messages
9,335
Reaction score
92
Points
80
ha..apa lagi debat lah..ha ni baru betul...jgn dok heboh kat tv je...debat..lps tu live dlm tv... ada bran
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,885
Reaction score
8,266
Points
716
HUJJAH KAT TV9 TU PUN DAH TERJAWAB DAH..... lain kali jerlah :))
 

fizzy86

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
7,376
Reaction score
37
Points
70
ada teloq...tp itam, busuk dan kecut.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register