BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda Bersatu persoal Gobind gesa AG jelaskan pembebasan Muhyiddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,218
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,218
Reaction score
12
Points
25

Pemuda Bersatu persoal Gobind gesa AG jelaskan pembebasan Muhyiddin​

5b9db4a6-3c20-4d49-a7de-1931f2a62ebf-gobind-singh-deo-and-lim-guan-eng-fmt-16926-.jpg

Pemuda Bersatu persoal prinsip berbeza mengikuti individu dan parti oleh Gobind Singh Deo yang didakwa tidak bersuara ketika Lim Guan Eng dihentikan pada 2018.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid berkata Gobind perlu menjelaskan sama ada beliau pernah menuntut penjelasan terbuka daripada peguam negara ketika kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng dihentikan pada 2018.

Beliau merujuk keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan berkaitan pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga di bawah pasaran.

“Adakah prinsip berbeza mengikut individu dan parti politik?,” kata Haris dalam kenyataan.

Semalam, Gobind menggesa Peguam Negara Dusuki Mokhtar memberikan penjelasan terperinci berhubung keputusan tidak meneruskan empat pertuduhan terhadap Muhyiddin berkaitan Bukhary Equity Sdn Bhd.

Gobind berkata ketelusan penting kerana kes berprofil tinggi itu sudah hampir ke penghujung perbicaraan namun pihak pendakwaan memohon perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semlam melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan Bukhary Equity selepas pendakwaan memutuskan tidak meneruskan pertuduhan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara berkata keputusan tidak meneruskan pertuduhan dibuat berdasarkan penilaian profesional terhadap keterangan, kebolehbuktian kes dan kepentingan keseluruhan pendakwaan.

Ia termasuk risiko menjejaskan strategi serta pembuktian pertuduhan lain yang masih dihadapi Muhyiddin.

Muhyiddin masih berdepan tiga pertuduhan salah guna kuasa berkaitan program Jana Wibawa, termasuk dakwaan meminta suapan RM25.3 juta daripada beberapa syarikat dan seorang pengarah urusan.
 
Back
Top
Log in Register