BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik iPhone berisiko

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MOSCOW 20 Mei - Pemilik iPhone yang menggunakan perkhidmatan perisian iCloud yang dianggarkan berjumlah 125 juta orang berhadapan risiko maklumat peribadi mereka diceroboh.

Ini kerana, perisian pengintip yang diberi nama ''Pemecah Kata Laluan Telefon'' didapati boleh mengesan aktiviti pemilik telefon pintar itu tanpa perlu menggunakan akses fizikal.

Perisian itu didapati boleh memuat turun semua data daripada perkhidmatan iCloud, Apple yang menjadi sokongan kepada gambar, teks mesej, emel, kalendar temu janji, senarai panggilan dan laman web yang dilayari serta nombor telefon.

Sekiranya seseorang yang mempunyai perisian pengintip itu berada berhampiran dengan pemilik iPhone yang menggunakan perkhidmatan iCloud, dia dengan mudah boleh mengakses telefon pintar itu tanpa disedari pemiliknya.

Ketua Eksekutif ElcomSoft, Vladimir Katalov berkata, Pemecah Kata Laluan Telefon dalam kata lain merupakan alternatif untuk mendapatkan akses kepada kandungan perlatan iOS.

''Dengan penama dan kata laluan Apple yang sah, pihak berkuasa seperti polis bukan sahaja boleh mendapatkan sokongan daripada peralatan yang 'dicuri' malah mengakses maklumat semasa telefon itu masih berada di tangan suspek,'' katanya.

Majoriti pengguna iPhone dan iPad menggunakan perkhidmatan iCloud sebagai sokongan kepada data, aplikasi dan media.

Selain, memuat turun data dengan iCloud, perisian itu juga boleh mengesan kedudukan pengguna iPhone itu.

Satu-satunya cara untuk melindungi pemilik iPhone adalah sama ada untuk tidak melakukan sokongan terhadap telefon itu atau menyimpan data sokongan peribadi di dalam komputer sendiri menggunakan iTunes. - AGENSI
 
xpandai aku nak pakai iCloud nie..so aku tak berisiko la..
 
ingatkan risiko kenser.
 
tepon aku cuma boleh call dan sms jerk hehehehe
 
pengguna csl i48 langsung tidak berisiko di-hack handphone nye haha
 
unsur unsur nak men "sabo" iphone.. kui kui kui
 
fuh nasib baik xde ipon ni. x mampu nak beli. pakai yg skrin hitam putih pun puas hati :D
 
Back
Top
Log in Register