BTC USD 75,430.2 Gold USD 4,293.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Pelancaran iPhone 18 Akan Di Bahagikan Dua Fasa

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Apple dilaporkan merancang untuk membahagikan jadual pelancaran siri iPhone 18 kepada dua fasa. Menurut Mark Gurman dalam Power On Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan model iPhone boleh lipat pada musim luruh 2026. Sementara itu, pelancaran model iPhone 18, iPhone 18e dan kemungkinan iPhone Air generasi baharu akan dilancarkan kira-kira enam bulan kemudian, sekitar Mac 2027. Corak ini dijangka berterusan untuk tahun-tahun akan datang, dengan Apple berpotensi mengeluarkan antara lima hingga enam model setiap tahun. Sebagai rujukan, model utama iPhone dahulunya dilancarkan pada musim panas, iaitu sekitar Jun atau Julai, sehingga iPhone 4S diperkenalkan pada Oktober 2011. Peralihan ke musim luruh berlaku kerana kelewatan berkaitan iOS 5, iCloud dan pembantu suara Siri, dan strategi ini kekal sehingga kini kerana bersesuaian dengan musim perayaan dan membeli-belah.
1763483263665.png

Berkenaan iPhone Air generasi baharu, Gurman berkata model ini sebenarnya tidak pernah dirancang untuk dilancarkan tahun depan, sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Bermakna, penangguhan itu bukanlah disebabkan prestasi jualan, seperti yang dilaporkan The Information sebelum ini. Malah, penamaan produk sebagai iPhone Air (bukannya iPhone 17 Air) juga menunjukkan Apple mungkin tidak mahu peranti ini terikat dengan kitaran pelancaran tahunan seperti model iPhone biasa. Difahamkan, fokus utama untuk iPhone Air generasi kedua adalah pada cip 2nm dan bukannya perubahan besar pada bahagian fizikal. Naik taraf cip ini dijangka meningkatkan ketahanan bateri, yang merupakan kekurangan paling ketara pada model pertama.​
 
iPhone 18 Sekali Lagi Di Perkatakan Hanya Akan Hadir Pada 2027

Apple sedia diperkatakan ingin melakukan penyusunan semula jadual pelancaran iPhone, sekaligus memastikan semua produk dibawah mereka menerima perhatian utama pengguna. Untuk menjayakan perkara berkenaan, sebelum ini, ia diperkatakan Apple sedang melihat untuk memperkenalkan hanya model Pro pada 2026, dan seterusnya model bukan Pro pada 2027. Terbaru, perkara sama turut ditekankan oleh beberapa laporan awal tahun ini. Dengan langkah ini, ia hanya akan melihat iPhone 18 diperkenalkan pada tahun 2027 kelak, sementara pada tahun ini kita mungkin melihat iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max diperkenalkan. Ini sekaligus turut akan memastikan cip Apple baharu digunakan pada model Pro, sebelum ia diperluaskan ke model biasa sekitar 6 bulan selepasnya.​

1767358227608.png

Apple juga dikatakan sedang membangunkan telefon boleh-lipat mereka, dan tidak diketahui sama ada kita akan melihatnya bila. Untuk tahun ini, Apple menyambut ulang-tahun ke-50 sejak penubuhan syarikat, sementara iPhone pula akan menyambut ulang-tahun ke-20 pada 2027. Sekiranya perkara ini benar, maka model iPhone 17 akan menjadi model yang akan terus dipasarkan sehingga tahun 2027 kelak oleh Apple. Kebiasaannya, Apple akan perkenal model iPhone baharu pada September, dan sama-sama kita nantikan pengenalan model berkenaan menjelang tarikh berkenaan.

Sumber asal https://www.macrumors.com/2026/01/01/no-iphone-18-launch-this-year/
 
Back
Top
Log in Register