BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemetik api ‘tertinggal’ dalam perut lebih 30 tahun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
pemetik-api.webp

Pemetik api menjadi hitam dan berkarat akibat asid perut. - Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki dari Chengdu, wilayah Sichuan terkejut apabila mendapati pemetik api yang masih berfungsi berada di dalam perutnya setelah objek itu ditelan pada awal 1990-an, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Deng, 67, mengalami sakit dan kembung perut sejak sebulan lalu sebelum dia pergi membuat pemeriksaan di hospital.

Selepas melakukan gastroskopi kecemasan, doktor mendapati terdapat kuboid pelik, licin dan menghitam yang terhakis oleh asid perut berada jauh di dalam perut Deng.

Apabila ditanya, Deng teringat akan satu kejadian pada awal 1990-an ketika dia mabuk bersama rakan-rakannya, di mana dia menelan pemetik api plastik sebagai menyahut cabaran mereka.

Deng tidak pernah memberitahu keluarganya mengenai kejadian itu dan selalu membayangkan bahawa pemetik api itu telah lama keluar melalui sistem perkumuhannya.

Doktor akhirnya berjaya mengeluarkan pemetik api itu. Meskipun selongsongnya telah berkarat dan menjadi hitam akibat asid perut, ia masih mempunyai gas dan berfungsi.

Mereka menjelaskan bahawa selongsong pemetik api kebiasaannya diperbuat daripada polipropilena atau plastik ABS yang sangat tahan asid, justeru ia mampu menahan hakisan asid perut untuk masa yang lama. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register