Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Hiap Joo Bakery Kekal Guna Ketuhar Kayu Api Selepas Lebih 100 Tahun
Joseph Lim Toh Hui
Di tengah-tengah kawasan pusat bandar bersejarah Johor Bahru, udara di sepanjang Jalan Dhoby dipenuhi aroma tersendiri yang membangkitkan nostalgia, iaitu gabungan bau kayu getah yang dibakar dan pisang yang sedang melalui proses karamel.
Dibina pada 1919, kedai bakeri itu menjadi antara tarikan warisan di bandar raya berkenaan, sekali gus menarik kehadiran pengunjung dari seluruh Malaysia, selain Singapura, China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan.
Ketika dunia luar telah menggantikan relau tradisional dengan ketuhar putaran elektrik, Hiap Joo Bakery terus mengekalkan penggunaan ketuhar kayu api yang berusia lebih satu abad.
Ketuhar gergasi yang dibina daripada batu bata dan resipi keluarga yang dijaga rapi selama tiga generasi telah menjadikan perniagaan keluarga berkenaan sebagai destinasi warisan bertaraf antarabangsa selama lebih 100 tahun.
Diasaskan sejurus selepas Perang Dunia Pertama oleh tujuh pendatang berketurunan Hainan, kedai bakeri itu kini diuruskan oleh pengurus berusia 38 tahun, Joseph Lim Toh Hui bersama abang sulungnya, datuk mereka adalah antara pengasas kedai bakeri berkenaan.
“Semasa Perang Dunia Kedua, pemegang saham yang lain tidak kembali untuk mengambil alih perniagaan itu, menyebabkan datuk saya meneruskannya secara bersendirian. Sejak itu, perniagaan ini kekal dalam keluarga kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Lim ketika mengimbas zaman kanak-kanaknya di kedai bakeri itu berkata beliau melihat datuknya menguli doh menggunakan tangan di atas meja kayu yang besar sebelum mempelajari kemahiran itu.
Kini, kedai bakeri itu menggaji antara 15 hingga 20 pekerja, selain terus mengekalkan proses pembakaran tradisional menggunakan ketuhar kayu api yang sama.