janggut_X
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,025
Paid Membership
- Joined
- Oct 23, 2008
- Messages
- 58,025
- Reaction score
- 95
- Points
- 530
adoi....aku sentiasa berdoa..tunjukkan la kebenaran sebenarnya secepat mungkin....aku nak tau siapa betul sapo salah
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Anwar keluar kandang, Mohd. Saiful diketawakan
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kandang tertuduh.
Bagaimanapun, tindakan Ketua Pembangkang itu keluar dari kandang tersebut adalah dengan kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Ini kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat melihat dengan jelas tayangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan keluar masuk ke Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.
Rakaman CCTV itu dipaparkan di dua buah skrin tv bersaiz kira-kira 50 inci yang setiap satunya diletakkan menghadap hakim dan galeri awam.
Tayangan tersebut sepatutnya merangkumi rakaman bekas pembantu peribadinya memasuki premis kondominium tersebut bermula dari pos pengawal hingga dia keluar di tingkat lima yang merupakan laluan ke unit kondominium 11-5-1 yang didakwa merupakan tempat dia diliwat.
Bagaimanapun, ekoran terdapat masalah teknikal, rakaman keluar masuk di pos pengawal tidak dapat ditayangkan dan hanya rakaman bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu keluar masuk lif ditunjukkan.
Ketika dibenarkan keluar dari kandang tertuduh, dilihat salah seorang anak perempuan Anwar mangambil pelapik belakang berwarna merah dari kandang tersebut dan meletakkannya di salah sebuah kerusi yang dikhaskan untuk polis mahkamah.
Pelapik tersebut kemudian diserahkan kepada Anwar untuk digunakan apabila dia duduk di sebelah salah seorang peguamnya, Marisa Regina Fernando.
Pelapik tersebut bagaimanapun dilihat tidak digunakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalam.
Tayangan rakaman tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum keterangan Mohd. Saiful Bukhari diteruskan.
Sementara itu, saksi pendakwa pertama itu telah diketawakan oleh beberapa orang awam dan peguam-peguam bela Anwar apabila memberi keterangan berhubung pemeriksaannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ini kerana, sewaktu diminta mengenal pasti sebatang putik kapas, Mohd. Saiful Bukhari dengan yakin menyatakan bahawa putik kapas tersebut digunakan untuk mengambil sampel daripada tubuhnya.
Bagaimanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahunya bahawa putik kapas yang ditunjukkan adalah baru dan masih belum digunakan.
hari ke=5 dan seterusnya
mcm xlogik ja kalau dakwa jantan gagah perkasa dirogol oleh org tua reput tulang belakang,hakim cayer ker?jgn risau ,logic or x belakang crita,yg penting dakwa ja...mereka tak berani bantah..
semua media akan cakap kamu benar.nak nampak betul ,g jer bersumpah.
Ooo gitu teringat lak drama pasal wrestler bawah ni, even dah tua sangatlah..bila bukak baju gitu leh belasah wrestler yg jauh lebih muda tau..
![]()
Sabar la bro!.... aku tau la hang pencacai al-jub...
kes ni lum habis....
Story ala Hollywood ... Anwar kat mana waktu tu jam 3:00~4:00pm ...
ha....
Hai Al-jubbb ... hang kantoi da....
p/s: tengok youtube ... azizah cakap err errr.. dia meeting err...then sampuk anaknya... err...dia bersama kami. !!
mari kita tunguuuuu! siapa alibi utk anwar?