TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kuala Lumpur: Hujan biasanya turun dalam masa 20 hingga 30 minit selepas pembenihan awan dilaksanakan jika semua syarat utama proses berkenaan dapat dipenuhi.
Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Azhar Ishak berkata, sekiranya ketiga-tiga keadaan wujud ketika proses dilakukan iaitu atmosfera tidak stabil, kelembapan udara yang tinggi dan kewujudan awan jenis Kumulus Menara, peratusan hujan turun juga adalah tinggi.
“Bagaimanapun, semalam ketiga-tiga kriteria ini masih belum wujud sepenuhnya di kawasan tadahan yang kita tumpukan.
“Tapi kita perlu juga melakukan proses itu esok (hari ini) memandangkan banyak pihak terutama rakyat melahirkan kebimbangan terhadap masalah air yang berlaku.
Foto
GARAM dimasukkan ke dalam tangki airbagi persediaan pembenihan awan di Pangkalan TUDM, Subang.
“Jika proses pembenihan esok (hari ini) masih tidak berjaya menurunkan hujan, kita akan terus melakukan proses ini sehingga berjaya bagi tempoh sehingga pertengahan Mac depan,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Memburuhujantakkunjungtiba/Article/index_html