BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembedahan Plastik dan Botox

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
vysebn.jpg

Muda mudi Malaysia sekarang sungguh taksub dengan penyanyi dan idola k-pop. Tetapi ramai tidak tahu atau memilih untuk tidak ambil tahu bahawa idola-idola mereka itu semua sebenarnya sudah terlebih dahulu melalui proses pembedahan plastik untuk menambah nilai-nilai komersil serta populariti mereka.

Budaya pembedahan plastik sudah menjadi tidak sihat di Korea Selatan sehingga persatuan ibu bapa campurtangan dan minta kerajaan mengawal pengiklanan servis pembedahan plastik.

Klimaks skandal pembedahan plastik di Korea Selatan adalah pada tahun lepas apabila hampir kesemua peserta ratu cantik mempunya mirip muka yang sama. Kalau kita perhatikan betul-betul macam adik-beradik yang masuk bertanding :D

south_korea_beauty_pageant_04_26.jpg

Islam juga melarang keras pembedahan plastik yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal bahagian tubuh manusia seperti dicipta Allah SWT dengan alasan untuk kelihatan cantik.

Ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: `Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

"Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata."

botoks.jpg

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.

2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.

3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.

4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Bahaya botox dan pembedahan plastik ini juga antaranya ialah ia menjadi satu ketagihan kerasa hasutan syaitan seperti firman Allah. Mungkin pada mulanya lawa tetapi mereka tidak akan berhenti di situ.

Mereka akan menjadi gila dan taksub nak cantik dan lagi cantik. Ramai yang memilih untuk menjalani pembedahan akan terus menerus bedah sampai muka menjadi seperti kartun karikatur. contoh yang paling jelas dalam ingatan kita adalah popstar Michael Jackson yang sudah sempurna tetapi muka menjadi seperti chimpanzee selepas diubah oleh jurubedah.

Berikut adalah beberapa contoh "plastic surgery gone bad":

a359_Hang.jpg
michaela-romanini.jpg
kor3_1111850c.jpg
104406_story__3.jpg


Oleh itu jika kamu termasuk dalam golongan melayu muslim, tolong nasihatkan keluarga dan kawan-kawan yang taksub dengan pembedahan plastik dan botox. Semoga kita dijauhi daripada godaan syaitan.

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/perubatan?page=2
http://www.sayapilihsihat.com/islam-benar-pembedahan-kosmetik-untuk-kesihatan/
 
Last edited:
Gambar contoh atas tu mmg lawa la...
 
Saya dah edit dan tambah pula akibat buruk pembedahan plastik:

1. Muka jadi hodoh
2. Koma
3. Mati

Muka boleh jadi hodoh jika terkena jangkitan kuman, alahan ubat, kecuaian doktor dan lain-lain sebab.

Mangsa juga boleh koma atau mati jika berlaku kecuaian doktor seperti kes terbaru di Korea Selatan.

Pendarahan yang tidak boleh berhenti dihidung akibat pembedahan menaikkan hidung.
 
xguna buat botox plastic dna ang kekal rupa ang,esok anak kuar rupa azali..
 
xguna buat botox plastic dna ang kekal rupa ang,esok anak kuar rupa azali..

Betul... masa cari bahan saya ada jumpa gambar satu keluarga korea.

Muka emak bapa je lain... anak beranak yang lain semua sepet. :))
 
Last edited:
Baru je sebut pasal gambar tu, bro dah tempek sini :D
 
Back
Top
Log in Register