BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemansuhan AUKU Langkah Bersejarah, AMH Anjur Jelajah Kampus Dapatkan Input Mahasiswa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Pemansuhan AUKU Langkah Bersejarah, AMH Anjur Jelajah Kampus Dapatkan Input Mahasiswa​

b0e15862df6f228cfd993e74978fa0026a807ac7f26a6

Ketua Angkatan Muda Harapan Woo Kah Leong (dua, kiri) ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan (kanan) dan Naib Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Raja Ahmad Iskandar Fareez (kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 disifatkan sebagai langkah bersejarah dalam mengembalikan autonomi kampus serta keadilan kepada gerakan mahasiswa seluruh negara.

Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Woo Kah Leong berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam membebaskan warga akademik daripada kekangan akta tersebut.

“Beliau sebagai seorang pemimpin mahasiswa, merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang mengumumkan untuk menghapuskan akta zalim dan lapuk yang menyekat kebebasan mahasiswa.

"Pemansuhan AUKU ni merupakan satu tindakan untuk mengembalikan keadilan kepada setiap seorang mangsa, mahasiswa yang pernah ditindas dan dizalimi di bawah AUKU," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Beliau berkata akta itu sebelum ini telah mengekang kebebasan bersuara dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti.

Sehubungan itu, Woo mengumumkan penganjuran “Jelajah Kampus” oleh AMH di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi mengumpul pandangan serta input daripada mahasiswa secara menyeluruh.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Ammar Atan berkata langkah berkenaan berupaya membentuk sahsiah dan pemikiran autonomi anak muda tanpa sebarang tekanan politik.

"AUKU bukan sekadar hanya dimansuhkan untuk kepentingan politik tetapi kepentingan mahasiswa untuk membangun fikiran, dan yang paling penting ialah membangunkan autonomi dalam kalangan anak muda," katanya.

Naib Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Raja Ahmad Iskandar Fareez pula menyifatkan pemansuhan akta itu sebagai titik permulaan kepada reformasi pendidikan tinggi negara yang lebih komprehensif.

 

AUKU BAKAL DIMANSUH! APA CABARAN LEPAS NI? AU AU AU KU!??​

Kerajaan akhirnya mengumumkan rancangan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU, sebuah undang-undang yang sudah lebih lima dekad menjadi simbol perdebatan mengenai kebebasan mahasiswa di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata AUKU akan digantikan dengan undang-undang baharu yang lebih progresif, tetapi persoalan besarnya sekarang ialah sejauh mana perubahan ini benar-benar akan membebaskan gerakan mahasiswa dan bukan sekadar menukar nama akta lama kepada akta baharu.

 
Back
Top
Log in Register