BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemansuhan AUKU Langkah Progresif, Tadbir Urus Universiti Tetap Terjamin - Pakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

Pemansuhan AUKU Langkah Progresif, Tadbir Urus Universiti Tetap Terjamin - Pakar​

f12c013ec48a13cea21d7b1e3031e7086a80625bd9ecc

-- Gambar hiasan

Langkah kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 merupakan perubahan dasar yang progresif ke arah memenuhi keperluan pendidikan tinggi berasaskan perkembangan semasa dan globalisasi.

Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Profesor Madya Dr Abd Razak Zakaria berkata pemansuhan itu bukanlah satu bentuk pembatalan fungsi perundangan universiti secara mutlak sebaliknya satu proses pemurnian bagi mewujudkan kerangka undang-undang baharu yang lebih komprehensif dan efektif.

Beliau berkata penglibatan politik dan ruang berorganisasi mahasiswa hanyalah sebahagian kecil daripada aspek yang terkandung dalam AUKU manakala struktur utama pentadbiran universiti akan kekal terjamin.

"Pemansuhan AUKU tidak bererti universiti hilang autonomi atau punca kuasa dalam tadbir urus... perkara utama seperti pelantikan kepimpinan utama, kewangan, kuasa Senat dan Lembaga Pengarah serta kebebasan akademik akan terus diterjemahkan menerusi akta baharu yang telah dimurnikan.

"Pendekatan memansuhkan AUKU berbanding sekadar pindaan berkala membolehkan negara menyediakan ruang lebih luas untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berjiwa kepimpinan," katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengenai perancangan memansuhkan akta itu dan akan merujuknya ke mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ahmad Faisal Mohamed Fiah pula menyifatkan pindaan AUKU sebelum ini sebagai pemangkin utama dalam memperkasakan peranan mahasiswa, meningkatkan inovasi pemikiran dan memberi ruang demokrasi yang lebih luas di peringkat pengajian tinggi.

Bekas Ahli Jawatankuasa Induk Pindaan AUKU (2021-2023) itu berkata langkah kerajaan akan memansuhkan sepenuhnya akta berkenaan berbanding melakukan pindaan, iaitu satu keputusan pragmatik yang membolehkan golongan mahasiswa membina kematangan kendiri secara proaktif.

"Pindaan terbaru sebelum ini membenarkan pelajar atau mahasiswa terlibat dengan gerakan atau parti politik... jadi, itu sahaja sudah menunjukkan bahawa AUKU telah diliberalisasikan dan memberi kelonggaran serta kebebasan kepada mahasiswa... hakikatnya, AUKU tidak pernah menyekat secara total," katanya.

Sebelum ini, AUKU dipinda sebanyak tujuh kali sejak ia diperkenal pada 1971, dengan pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

 
Back
Top
Log in Register