combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,176
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,176
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pemansuhan AUKU Langkah Bersejarah, AMH Anjur Jelajah Kampus Dapatkan Input Mahasiswa
Ketua Angkatan Muda Harapan Woo Kah Leong (dua, kiri) ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP.
Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan (kanan) dan Naib Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Raja Ahmad Iskandar Fareez (kiri).
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 disifatkan sebagai langkah bersejarah dalam mengembalikan autonomi kampus serta keadilan kepada gerakan mahasiswa seluruh negara.
Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Woo Kah Leong berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam membebaskan warga akademik daripada kekangan akta tersebut.
“Beliau sebagai seorang pemimpin mahasiswa, merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang mengumumkan untuk menghapuskan akta zalim dan lapuk yang menyekat kebebasan mahasiswa.
"Pemansuhan AUKU ni merupakan satu tindakan untuk mengembalikan keadilan kepada setiap seorang mangsa, mahasiswa yang pernah ditindas dan dizalimi di bawah AUKU," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.
Beliau berkata akta itu sebelum ini telah mengekang kebebasan bersuara dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti.
Sehubungan itu, Woo mengumumkan penganjuran “Jelajah Kampus” oleh AMH di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi mengumpul pandangan serta input daripada mahasiswa secara menyeluruh.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Ammar Atan berkata langkah berkenaan berupaya membentuk sahsiah dan pemikiran autonomi anak muda tanpa sebarang tekanan politik.
"AUKU bukan sekadar hanya dimansuhkan untuk kepentingan politik tetapi kepentingan mahasiswa untuk membangun fikiran, dan yang paling penting ialah membangunkan autonomi dalam kalangan anak muda," katanya.
Naib Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Raja Ahmad Iskandar Fareez pula menyifatkan pemansuhan akta itu sebagai titik permulaan kepada reformasi pendidikan tinggi negara yang lebih komprehensif.