BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemangku Sultan Johor, Onn Hafiz Zahir Ucapan Tahniah Keputeraan Rasmi Agong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
7ac50c6fa11e1340b66753c23e1b5ec369c0974fc44a9

dbe5793a6e48cc4130f735847f64418169c098265439f

Kredit: FB - HRH Crown Prince of Johor

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail merafak sembah merakamkan ucapan dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

“Allah peliharakan Sultan,” titahnya ringkas dalam ucapan kepada paduka ayahanda Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Turut merafak sembah serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan doa ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Daulat Tuanku! Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 Bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Dengan segala hormat dan takzimnya yang berdatang sembah patik dan seluruh Bangsa Johor, Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook.

 
Back
Top
Log in Register