BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM, TPM Utus Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Pemangku Sultan Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

PM, TPM Utus Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Pemangku Sultan Johor​

f5e5a1de53c535254460a37daa9620356a437d4893873

c38654331908fd5f8d5a3551a0c8d76d6a437de5a483b

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menitipkan doa agar Tunku Mahkota Ismail sentiasa dilimpahi rahmat, keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan yang berpanjangan serta rahmat dan lindungan-Nya kepada baginda.

"Patik mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan Duli Yang Amat Mulia Tunku keafiatan yang berpanjangan, sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya serta terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi Negeri Johor Darul Ta’zim dan Bangsa Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook.

 
Back
Top
Log in Register