BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu pelancong digesa dakap AI & media sosial perkenal SG kepada pelawat

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Pemandu pelancong digesa dakap AI & media sosial perkenal SG kepada pelawat​

screenshot_2026-07-17_144141.jpg

Semakin ramai pelancong piliha lawatan privet untuk pengalaman lebih khusus.

SINGAPURA: Sejak sedekad lalu, Encik Jack Zhao memperkenalkan Singapura kepada para pelancong dengan berkongsi tentang sejarah, budaya, dan makanan di negara ini.

Namun, pemandu pelancong veteran itu berkata tugasnya sudah berubah dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

IKLAN

Zaman di mana kumpulan pelancong yang besar kerap tiba menaiki bas pesiaran kini sudah berlalu. Sebaliknya, ramai pelancong sekarang lebih gemar meneroka Singapura secara bersendirian dengan merancang perjalanan menggunakan media sosial dan, semakin hari, menggunakan kecerdasan buatan (AI).

"Sekarang kami perlu berubah kerana... tingkah laku pengguna sudah berubah," kata Encik Zhao kepada Mediacorp. "Kami tidak boleh lagi menggunakan kaedah lama... Sukar untuk bertahan."

SESUAIKAN DIRI DENGAN TINGKAH LAKU PELANCONG

Berasal dari China, warga Singapura berusia 60 tahun yang telah menetap di sini selama 30 tahun itu berkata beliau kini beralih fokus hampir sepenuhnya kepada lawatan peribadi, di mana pelancong mahukan pengalaman yang lebih khusus dan diperibadikan.

"Mereka mahu fokus kepada bidang tertentu... contohnya, budaya, makanan... dan warisan," katanya.

IKLAN

Perubahan ini mencerminkan peralihan yang lebih besar pada tabiat pelancongan.

Dengan adanya video TikTok, cadangan daripada aplikasi RedNote, serta jadual perjalanan yang dijana oleh AI, lebih ramai pelancong memilih untuk meneroka dan meninjau-ninjau sendirian berbanding menyertai rombongan pakej pelancongan.

Kesan ini amat dirasai di seluruh industri pemandu pelancong Singapura, terutamanya dalam kalangan mereka yang bergantung kepada kumpulan pelancong.

Terdapat kira-kira 4,000 pemandu pelancong berlesen di Singapura, tetapi hanya sekitar separuh daripada mereka menerima tugasan secara tetap, kata Encik Wyman Poon, Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Singapura.

Encik Poon berkata maklum balas daripada ahli-ahli mencadangkan beberapa pemandu pelancong mengalami kemerosotan tugasan yang mendadak pada Mei dan Jun berbanding tempoh Januari hingga April.

IKLAN

"Seorang ahli memberitahu saya bahawa pada bulan Jun tugasannya merosot 70 peratus, manakala pada Mei turun 40 peratus. Itu bagi pemandu pelancong berbahasa Inggeris," katanya.

"Seorang lagi pemandu pelancong berbahasa Mandarin memberitahu bahawa beliau mengalami penurunan tugas sebanyak 80 peratus pada Jun dan 50 peratus pada Mei. Itu penurunan yang sangat besar. Pemandu pelancong berbahasa Mandarin lebih teruk terkesan."

"Cabaran utama sekarang ialah disebabkan pakej pelancongan tradisional semakin berkurangan, ramai di antara mereka tidak mempunyai pekerjaan yang mencukupi," tambahnya.

"Lantaran itu, mereka terpaksa bergantung kepada media sosial sendiri, pengalaman peribadi, dan pasaran terbuka untuk mempromosikan diri mereka."

Bagaimanapun, Encik Poon mengingatkan agar tidak meletakkan punca cabaran industri ini kepada AI semata-mata.

IKLAN

Beliau berkata ketidaktentuan ekonomi yang lebih luas, ketegangan geopolitik, dan permintaan yang semakin lemah terhadap pakej pelancongan tradisional turut menyumbang kepada kemerosotan tugasan ini.

SENTUHAN MANUSIA LEBIH UTAMA DARIPADA ALGORITMA

Buat masa ini, Encik Zhao menawarkan aktiviti khusus termasuk lawatan berbasikal, berjalan kaki meneroka warisan, serta pengalaman makan secara peribadi di sekitar kawasan seperti Kampong Gelam, Little India, dan Chinatown.

Beliau percaya pengalaman sedemikian adalah sesuatu yang tidak boleh ditiru oleh AI.

"Kami menawarkan sentuhan manusia, berjalan bersama-sama secara peribadi," katanya. "Lama-kelamaan, saya akan berkongsi cerita saya, dan pelancong pula akan berkongsi cerita mereka sendiri. Kami akhirnya menjadi kawan."

Malah, ada pelancong yang terus berhubung dengannya lama selepas mereka pulang ke tanah air, dengan kebanyakannya mengesyorkan beliau kepada rakan-rakan mereka.

Pemandu pelancong digesa berubah

Encik Poon berkata pemandu pelancong hari ini perlu berfikir lebih daripada sekadar membawa kumpulan pelancong dari satu daya tarikan ke daya tarikan yang lain.

"Industri ini sedang berkembang," katanya. "Pemandu pelancong zaman sekarang perlu lebih tangkas, kreatif, fleksibel, dan juga menawarkan pengalaman yang lebih khusus untuk pelanggan."

Menyedari perubahan ini, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menggalakkan para pemandu pelancong untuk menyesuaikan diri.

STB menyatakan bahawa teknologi baharu seperti AI generatif bertujuan untuk melengkapi - bukannya menggantikan - pemandu pelancong, sekali gus membantu mereka mencipta pengalaman yang lebih tulen dan mendalam.

Di bawah rangka kerja pembaharuan lesen Learn + Do yang dikemas kini oleh STB dan berkuat kuasa pada 1 Mac, para pemandu pelancong digalakkan untuk membina kemahiran dalam bidang-bidang seperti penceritaan, pemasaran media sosial, dan AI generatif bagi memenuhi keperluan pelancong masa kini.

 
Back
Top
Log in Register