BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu maut digilis lori sendiri

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
gilis1.jpeg

TRAGIS: Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bintulu oleh pihak syarikat

BINTULU: Seorang pemandu lori maut selepas digilis lorinya sendiri di kawasan pembinaan jalan pintas Kuala Nyalau ke Samalaju, dekat sini, semalam.

Dalam insiden sekitar 3 petang itu, lelaki warganegara asing dikenali sebagai Suminto,50 dikatakan hilang kawalan ke atas kenderaan sebelum terbabas ke bahu jalan yang curam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik DSP Bingkok John ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


“Pemandu dipercayai melompat dari kenderaan lalu digilis oleh tayar lori tersebut di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa yang berasal dari Pontianak, Indonesia dibawa ke Hospital Bintulu oleh pihak syarikat dan disahkan telah meninggal dunia.

Kes itu disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

http://www.utusanborneo.com.my/2017/05/25/pemandu-maut-digilis-lori-sendiri
 
Back
Top
Log in Register