BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Maut Lori Simen Jatuh Dalam Tapak Pembinaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
8c79862f2137c854dd81d004fb52a681698592b6d922d

Kredit: JBPM Pulau Pinang

Seorang pemandu lori simen warga Indonesia maut selepas tersepit apabila kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi.

“Lori simen itu dipercayai hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja pembinaan sebelum terjatuh ke dalam kawasan tapak berkenaan.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas dan dibantu sebuah kren di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

John Sagun berkata mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.55 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata operasi melibatkan 13 anggota dengan tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

 
Innalillah
Antara risiko di tapak bina
 
Back
Top
Log in Register