BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Pemandu bas maut selepas terjun dari bas..
KUANTAN- Seorang pemandu bas henti-henti nekad terjun melalui pintu basnya selepas brek kenderaan tersebut tidak berfungsi.
Namun C.Selwam, 39, kemudiannya menemui ajal dalam kejadian 6.45 pagi semalam di Jalan Taman Orkid Deluxe, Ringlet dekat Cameron Highlands.
Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Mohd Najid Jusoh berkata, mangsa bersama konduktornya baru sahaja mahu memulakan perjalanan untuk mengambil penumpang apabila kejadian itu berlaku.
"Mereka sedang keluar daripada kawasan Taman Perumahan Orkid Deluxe dan sedang menuruni bukit.
"Pemandunya dipercayai panik dan ketakutan apabila menyedari brek basnya gagal berfungsi ketika sedang menuruni bukit itu.-Bernama