Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
16.11.2025 - Seorang lelaki maut selepas 'supercar' dipandunya dipercayai bertembung dengan bas henti-henti di Jalan Krubong–Sungai Badau di sini, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Cheng, Mohd Norsyah Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.40 pagi. Katanya, sebuah jentera bersama enam anggota dari BBP Cheng dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.
"Terdapat dua mangsa iaitu pemandu bas berusia 34 tahun dan pemandu kereta Toyota GR berusia 26 tahun masing-masing tersepit di tempat pemandu dan berjaya dikeluarkan. Pemandu bas yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dengan ambulans manakala pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 9.57 pagi.