combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,426
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 23,426
- Reaction score
- 321
- Points
- 141
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail bergambar selepas menyampaikan zakat kepada golongan asnaf sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad hari ini.
Kerajaan digesa mempercepat pelaksanaan pangkalan data pemandu pengangkutan awam, khususnya pemandu bas ekspres sebagai langkah mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd Che Ibrahim Che Ismail berkata ia susulan kebimbangan kemungkinan pengangkutan awam digunakan sebagai medium membawa pendatang asing tanpa dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata pangkalan data itu juga penting bagi merekodkan pemandu yang pernah dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung atau ditamatkan perkhidmatan kerana salah laku.
“Pada November tahun lepas, syarikat ini mengesan seorang pemandu dan pembantu laluan Johor Bahru dipercayai menerima bayaran lumayan untuk bersubahat membawa lima hingga enam warga asing hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bas.
“Apabila kita meneliti video itu, kita terus panggil dan gantung tugas pemandu terbabit. Namun individu itu menghilangkan diri selepas laporan dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat Konsortium E-Mutiara Bhd 2026 di Panji di sini hari ini.
Che Ibrahim berkata ketiadaan pangkalan data menyebabkan pemandu yang mempunyai rekod kesalahan masih berpeluang bekerja dengan syarikat lain.
“Justeru, pihak seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diharap dapat menyegerakan pelaksanaan pangkalan data supaya rekod disiplin pemandu direkod dan boleh dirujuk semua pengendali.
“Terpulang kepada syarikat sama ada mahu mengambil mereka bekerja atau tidak namun sekurang-kurangnya ada rekod jelas untuk rujukan,” katanya.
Sebelum ini, APAD dilaporkan sedang membangunkan pangkalan data bagi menghimpunkan rekod dan maklumat lebih 60,000 pengendali syarikat bas dan lori yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.