BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Bas Parah, Tiga Penumpang Cedera Dalam Nahas Di Batu Pahat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pemandu Bas Parah, Tiga Penumpang Cedera Dalam Nahas Di Batu Pahat​

f0c60bd879e60158bb62f005b9c13ae26a0437ce5cc3a

Kredit: JBPM Johor

Seorang pemandu bas parah manakala tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan jentera penurap jalan di KM102.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Yong Peng, tengah malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Hafiz Othman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.57 tengah malam sebelum sebuah Fire Rescue Tender dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati pemandu bas telah tersepit manakala tiga yang lain cedera. Bas itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PKO bertindak mengeluarkan pemandu bas menggunakan peralatan khas manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital menaiki EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan.

Mohd Hafiz berkata 20 penumpang lain dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.57 pagi.

 
Back
Top
Log in Register