hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pemandu bas ekspres digantung tugas susulan video tular memandu secara berbahaya – Pengendali bas
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas ekspres digantung tugas serta-merta susulan video tular yang mendakwa dia memandu secara berbahaya
Billion Stars Express dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memandang serius insiden itu yang dikaitkan dengan bas bernombor BSB4999 milik syarikat itu.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan orang awam semalam, sebelum siasatan dalaman dijalankan serta-merta.
“Pemandu berkenaan diarahkan hadir ke pejabat bagi membantu siasatan serta menjalani ujian saringan keselamatan, namun didapati tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.
“Sehubungan itu, pemandu terbabit digantung tugas serta-merta sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan syarikat dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna.
“Pihak kami juga ingin memohon maaf atas sebarang kebimbangan yang timbul kepada penumpang dan orang awam.
“Kami komited untuk menambah baik prosedur operasi, termasuk pemantauan lebih ketat dan latihan berterusan kepada semua pemandu,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan penumpang, bahawa pemandu bas berkenaan menjerit ketika memandu selain kerap membrek secara mengejut sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka.
Dakwaan itu turut menyebut dua penumpang meminta bas itu berhenti untuk ke tandas, namun pemandu enggan berhenti walaupun mereka mendakwa menunggu hampir dua jam, manakala pemandu kedua yang dikejutkan pula didakwa enggan mengambil alih pemanduan dan memilih untuk terus tidur.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan memaklumkan, akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk APAD dan JPJ bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3