BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14287109715571357-415733.jpg

14287109715571357-415734.jpg

14287109715571357-415735.jpg


Pemain Thai maut, warga Malaysia cedera disambar petir ketika perlawanan bola sepak

Bernama
05/08/2026 | 06:50 MYT

NARATHIWAT: Seorang pemain kelab bola sepak Thailand maut manakala seorang warga Malaysia cedera selepas disambar petir ketika perlawanan Piala FA Golok di Stadium Santiphap, Sungai Golok, di sini, Selasa petang.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol. Thun Sirikhunt berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira 5 petang waktu tempatan, apabila perlawanan diteruskan sebelum petir tiba-tiba menyambar bahagian tengah padang.

"Kejadian itu mengakibatkan lebih sembilan individu cedera, manakala seorang warga Thailand, Sofwan Awae, 24, pemain Yala FC, meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.


Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.30 petang, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati Sofwan berada dalam keadaan kritikal.

"Walaupun pasukan perubatan kecemasan berusaha sedaya upaya menyelamatkannya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami," katanya.

Thun berkata semua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk menerima rawatan, manakala polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA

Artikel Astro Awani
 
Back
Top
Log in Register