BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pelik tapi benar

mohdzairilanuar

Banned
Messages
6,066
Joined
Apr 16, 2008
Messages
6,066
Reaction score
2
Points
65
Keluarga Arab Saudi dakwa jin di mahkamah

MADINAH - Sebuah keluarga di Arab Saudi mengheret seekor jin ke mahkamah dengan mendakwa makhluk halus itu mencuri dan mengganggu mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kes pertama seumpamanya di Arab Saudi, akhbar Al-Watan melaporkan jin tersebut didakwa mengugut, membaling batu dan mencuri telefon bimbit milik mereka.

"Kami terdengar bunyi dan suara pelik. Pada mulanya kami tidak mengendahkan perkara itu. Namun, anak-anak kami ketakutan selepas jin itu mula membaling batu," kata keluarga tersebut dari bandar Mahd Al Dahab, dekat sini.

"Kemudian, seorang wanita berkata-kata kepada saya diikuti oleh seorang lelaki. Mereka mahu saya berpindah keluar dari rumah kami," tambahnya.

Menurut lelaki berkenaan, semua gangguan itu berlaku pada waktu malam hari sejak dua tahun lalu.

Ekoran tidak tahan diganggu makhluk halus tersebut, keluarga berkenaan telah berpindah dari kediaman yang dihuni mereka selama 15 tahun yang terletak dekat bandar Madinah itu.

Menurut Al-Watan, sebuah mahkamah tempatan memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan dakwaan mereka walaupun menyedari ia sukar dilakukan.

"Apa yang lebih menarik berhubung kes ini ialah aduan itu dibuat oleh setiap ahli keluarga berkenaan," kata ketua mahkamah itu, Sheikh Amr Al Salmi. - Agensi

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Tak per jin..Klu salah cube try mahkamah rayuan..:-S
 
Mak aih, boleh tahan jin ni, sampai curi handphone lak nih.

Kalau dia jual, duit tu boleh buat beli tulang ayam kat pasar malam.
 
sebaik- baik jin adalah sejahat-jahat manusia. tapi bila manusia berperangai setan adalah musuh nyata bagi semua makhluk. ....
 
Mak aih, boleh tahan jin ni, sampai curi handphone lak nih.

Kalau dia jual, duit tu boleh buat beli tulang ayam kat pasar malam.

Suku sakat e-toyol nih....suka curi barangan elektronik....:))
 
Back
Top
Log in Register