BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelesit rempit tak takut mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_07.1.jpg


ANTARA aksi bahaya superman pelesit rempit yang tidak menghargai nyawa.

SERDANG – Pelesit rempit sering dilabelkan sebagai kelompok manusia yang tidak takut mati, tidak serik apatah lagi untuk insaf.

Itulah sikap sebenar pelesit rempit yang sehingga kini terus menjadi salah satu masalah kepada polis dan juga kepada pengguna jalan raya lain.

Lebih menyedihkan, majoriti golongan yang menjadi pelesit rempit membabitkan remaja dan pemuda dengan ada dalam kalangan mereka masih di bangku sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kematian demi kematian yang dihebahkan di akhbar-akhbar dan media elektronik langsung tidak mengubah penglibatan remaja dan pemuda untuk terus merempit.

Lokasi bagi kumpulan yang tidak pernah sedar diri ini untuk menunjukkan aksi berani mati berlaku di mana-mana saja di seluruh negeri.

Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang bermula di Plaza Tol UPM sehingga ke Stesen Komuter Serdang tidak terlepas daripada menjadi medan pelesit rempit beradu aksi-aksi berbahaya mereka.

Kumpulan terbabit kerap dilihat berkumpul di bawah jejambat di Besraya berhampiran Stesen Komuter Serdang seawal pukul 8 malam untuk memulakan perlumbaan.

Malam hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan malam mereka merempit secara beramai-ramai.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 
99% adalah melayu..

untung sape duk area tu, leh tonton grand prix tiap2 minggu..
 
dah kena syabu dulukan....tu le berani
 
Back
Top
Log in Register