combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelantikan Timbalan Exco Perkukuh Kapasiti Pentadbiran, Bukan Perbesar Birokrasi - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Johor menegaskan bahawa pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, bukan bertujuan untuk menambah jawatan politik atau memperbesar birokrasi kerajaan negeri.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata langkah itu sebaliknya diambil, bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran supaya pelaksanaan dasar, pemantauan projek serta penyelesaian isu rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
Beliau berkata pelantikan juga dibuat dalam ruang kuasa pentadbiran kerajaan negeri, seperti yang dinasihatkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
“Adalah penting difahami bahawa Timbalan Exco bukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, mereka tidak mempunyai kuasa membuat keputusan bagi pihak EXCO.
“Mereka tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan tidak mempunyai kuasa meluluskan dasar, kewangan atau apa-apa keputusan eksekutif,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata kuasa membuat keputusan kekal berada sepenuhnya di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
“Justeru itu, pelantikan ini tidak mewujudkan sebarang kuasa eksekutif baharu, tidak memindahkan kuasa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tidak mengubah struktur pentadbiran,” katanya.
Onn Hafiz berkata pengukuhan kapasiti pentadbiran itu juga, seiring dengan perkembangan pesat Johor yang sedang memacu pelbagai agenda strategik menjelang tahun 2030, termasuk Johor Economic Transformation Plan (JETP), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan projek RTS Link.
“Seiring dengan perkembangan ini, kapasiti pentadbiran juga perlu diperkukuhkan agar setiap dasar dapat diterjemahkan kepada tindakan dan hasil yang memberi manfaat kepada Bangsa Johor,” katanya.
Loading…
www.bernama.com