BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Onn Hafiz Hargai Sumbangan Bekas Exco, Sifatkan Rombakan Sebagai Proses Penyegaran

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Onn Hafiz Hargai Sumbangan Bekas Exco, Sifatkan Rombakan Sebagai Proses Penyegaran​

fc7d5e7b72a41078797fa3d91944681d6a5c4beea852e

40c6f46ea4370dc43671030de489a91d6a5c4c29accad


Rombakan pentadbiran Ahli Majlis Kerajaan Negeri Johor (Exco) ialah sebahagian daripada proses kesinambungan dan penyegaran pentadbiran, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau, bagaimanapun berkata langkah itu sama sekali tidak memadamkan segala sumbangan yang dicurahkan barisan kepimpinan terdahulu.

Onn Hafiz berkata perubahan kedudukan dalam barisan Exco juga ialah lumrah dalam usaha memacu negeri ke tahap yang lebih baik demi kemakmuran Bangsa Johor.

"Amanah untuk Johor tidak pernah terhenti pada sesuatu jawatan. Saya percaya pengalaman, kebijaksanaan dan semangat untuk berkhidmat akan terus menjadi kekuatan dalam usaha kita bersama-sama membawa Johor ke tahap yang lebih baik," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan dengan itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat bekas Exco bagi penggal 2022-2026 atas segala pengorbanan, masa, tenaga dan buah fikiran yang dicurahkan sepanjang memikul amanah berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register