BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantikan PAT Baharu Buka Peluang Penetapan Semula Budaya Kerja, Amalan ATM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4a661c08b6c71d4b4f9f333bcab822df6981c399298a6

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) memakaikan pangkat kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan PAT ke-24 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur hari ini. Turut memakaikan pangkat itu isteri PAT Datin Siti Juana Md Ibrahim (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pelantikan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24 membuka peluang strategik pelaksanaan penetapan semula institusi atau institutional reset yang menyeluruh meliputi budaya kerja, sistem pengurusan dan amalan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan baharu itu membawa mandat penting untuk menetapkan hala tuju yang jelas berteraskan ketelusan, disiplin serta pematuhan kepada nilai-nilai teras perkhidmatan ketenteraan.

“Sebagai PAT, kepimpinan ditampilkan bukan sekadar berfungsi melalui struktur perintah tetapi turut bertunjangkan autoriti moral yang mampu menyatukan seluruh warga ATM.

“Pendekatan kepimpinan melalui teladan, ketegasan terhadap salah laku serta sokongan terhadap sistem semak dan imbang dilihat sebagai asas penting dalam memulihkan kekuatan dalaman organisasi,” menurut kenyataan itu sempena Majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan PAT ke-24 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Timbalannya Adly Zahari serta Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Markas ATM memaklumkan pelantikan PAT adalah signifikan buat ATM pada ketika ini, dengan institusi pertahanan negara berhadapan cabaran besar untuk memperkukuh semula keyakinan rakyat serta memelihara kredibiliti organisasi.

“Dalam landskap keselamatan semasa yang semakin kompleks, kepimpinan tertinggi ATM bukan sahaja dituntut berwibawa dari sudut operasi, malah berperanan sebagai pemacu nilai dan prinsip profesionalisme ketenteraan,” menurut kenyataan itu.

Pada 31 Jan lepas, Mohamed Khaled dalam kenyataan mengumumkan Malek Razak yang sebelum ini merupakan Panglima Medan Barat Tentera Darat dilantik sebagai PAT yang baharu berkuat kuasa 1 Feb.

Mohamed Khaled berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan Malek Razak dinaikkan ke pangkat daripada Leftenan Jeneral ke Jeneral seterusnya dilantik sebagai PAT.

 
Back
Top
Log in Register