BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantikan Nallini Mampu Perkukuh Kebebasan, Integriti Dan Kredibiliti Media

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pelantikan Nallini Mampu Perkukuh Kebebasan, Integriti Dan Kredibiliti Media​

d861daea83ce597cf63b1ced685cfd1e6a30cdd5c679f

Tan Sri Nallini Pathmanathan - Gambar fail

Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan sebagai Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM) disambut baik pengamal media yang yakin pengalaman luas beliau dalam bidang kehakiman mampu memperkukuh kebebasan, integriti dan kredibiliti industri media negara.

Presiden Institut Akhbar Malaysia Datuk Yong Soo Heong berkata latar belakang perundangan yang dimiliki Nallini mampu memberi asas kukuh kepada kepimpinan MMM dalam memastikan keputusan dan dasar badan itu berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan serta akauntabiliti.

"Seorang bekas hakim yang berwibawa membawa perspektif yang bebas daripada kepentingan politik atau komersial sekali gus menjamin keputusan dan dasar MMM akan berlandaskan prinsip keadilan serta kepentingan awam.

"Ini memberi keyakinan (kepada kita) bahawa MMM akan dipandu oleh nilai integriti yang tinggi dan pandangan yang seimbang dalam menangani isu-isu berkaitan media," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pendekatan berteraskan integriti akan membantu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap peranan media sebagai institusi penting dalam sistem demokrasi negara.

Bagi tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin, pelantikan Nallini menepati aspirasi asal penubuhan majlis itu yang mahukan MMM diterajui individu bebas, berkecuali dan berwibawa.

Beliau berkata idea itu telah lama diperjuangkan termasuk sejak cadangan penubuhan Pertubuhan Pengarang-Pengarang Akhbar Malaysia (ONE) pada tahun 1980-an.

"Itu juga pendirian saya ketika melancarkan sidang pleno penubuhan MMM pada 2018 bersama dengan Menteri Komunikasi waktu itu, Gobind Singh Deo dalam kapasiti saya sebagai Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita bukan sahaja mahu MMM bebas tetapi dilihat serta diyakini bebas... pelantikan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan tidak syak lagi memenuhi prasyarat itu," katanya.

 
Back
Top
Log in Register