combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pengalaman Kehakiman Bantu Perkukuh Kredibiliti MMC - Nallini
Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMC) yang baharu dilantik, Tan Sri Nallini Pathmanathan
Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMC) yang baharu dilantik Tan Sri Nallini Pathmanathan percaya pengalaman puluhan tahun beliau dalam bidang kehakiman mampu membantu majlis itu membina kredibiliti, mempertahankan kebebasan serta meraih kepercayaan rakyat.
Menjawab persoalan mengenai pemilihan bekas hakim untuk menerajui badan kawal selia kendiri media itu, Nallini berkata keberkesanan majlis berkenaan tidak bergantung kepada kuasa, sebaliknya kepada keupayaannya memperoleh keyakinan melalui prinsip keadilan dan kebebasan.
“Saya bukan seorang wartawan. Saya tidak pernah mengendalikan bilik berita, menentukan muka depan atau bekerja mengikut tarikh akhir bagi menyiapkan sesuatu tugasan untuk meja berita,” katanya pada Sesi Dialog Media bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata pengalaman beliau dalam institusi kehakiman melengkapkannya dengan kemahiran untuk mempertahankan kebebasan majlis, memastikan proses yang adil serta mengekalkan keyakinan awam terhadap setiap keputusan yang dibuat.
“Perkara utama yang boleh saya bawa ke meja ini ialah keadilan antara pihak yang tidak mempunyai sebarang kepentingan, diputuskan berdasarkan bukti dan dijelaskan secara terbuka dengan alasan yang munasabah,” katanya.
Nallini berkata Akta Majlis Media Malaysia sendiri secara jelas menetapkan bahawa pengerusinya perlu bebas daripada pengaruh politik, perkhidmatan awam dan badan perundangan, sekali gus mencerminkan keperluan kepada seorang tokoh neutral yang mampu meraih kepercayaan semua pihak berkepentingan.
Beliau berkata walaupun editor dan wartawan kekal sebagai pakar dalam pelaporan serta operasi bilik berita, peranan majlis itu adalah memperkukuh ekosistem media menerusi piawaian yang berwibawa, mekanisme aduan yang berkesan serta penyelesaian pertikaian yang adil.
Mengulas mengenai hala tuju MMC, Nallini berkata antara keutamaan utama beliau adalah memastikan struktur asas majlis itu dibina berteraskan prinsip keadilan dan akauntabiliti.
“Keutamaan saya adalah terhadap kualiti dan keadilan dalam proses kita sendiri, termasuk kod etika, mekanisme aduan serta cara kita mencapai dan menjelaskan keputusan.