BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancongan Malaysia Jana RM291.9 Bilion Pada 2024

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
043971512ebb1e20f2d026f2f6c16f90688b1947a522c

18a36064c0694745ecbf6a4050fb32b768c3b4915824c


Industri pelancongan Malaysia menjana RM291.9 bilion, menyumbang 15.1 peratus kepada ekonomi pada tahun lepas, menurut Akaun Satelit Pelancongan 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada 2023, industri itu menyumbang 14.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana RM271.9 bilion.

“Dari segi prestasi, industri pelancongan berkembang sebanyak 7.4 peratus berbanding 10.9 peratus pada 2023,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi prestasi mengikut sektor, beliau berkata perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus, diikuti makanan dan minuman (5.7 peratus) dan perkhidmatan lain seperti kesihatan, pendidikan, mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta spa pada kadar 9.9 peratus.

Prestasi itu disokong oleh perdagangan runcit dengan sumbangan sebanyak 52.9 peratus (RM154.5 bilion), diikuti makanan dan minuman pada 16.3 peratus (RM47.7 bilion) dan dan perkhidmatan lain pada 13.3 peratus (RM39.0 bilion) dengan secara kolektif, tiga subsektor itu menyumbang 82.5 peratus kepada keseluruhan industri pelancongan.

Selain itu, semua subsektor pelancongan telah melepasi paras prapandemik 2019 kecuali subsektor perkhidmatan penginapan dan pengangkutan penumpang, yang belum pulih sepenuhnya.

Beliau juga berkata perbelanjaan pelancongan inbound Malaysia berkembang sebanyak 41.1 peratus atau RM107.0 bilion pada 2024.

“Pertumbuhan ini disokong oleh aktiviti membeli-belah iaitu 36.1 peratus diikuti pengangkutan penumpang (19.1 peratus) dan penginapan (18.5 peratus).

“Komposisi perbelanjaan inbound didominasi oleh segmen pelancong yang menyumbang 96.1 peratus dan selebihnya 3.9 peratus adalah segmen pelawat harian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register