BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancong Israel ditumbuk ketika pergi restoran Yahudi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Geli-Pukul2.webp

RAMI Glikstein ditumbuk sebelum dia memasuki restoran Mr. Broadway. - Foto Google Maps

WASHINGTON – Seorang pelancong Israel mengalami pendarahan otak selepas ditumbuk oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menjatuhkan kopiah Yahudi daripada kepalanya di Bandar Raya New York, lapor portal berita New York Post semalam.

Rami Glikstein, 59, yang datang dari Baitulmaqdis sedang menuju ke restoran Mr. Broadway yang terkenal dengan masakan ‘halal’ Yahudi sekitar pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan), kata polis.

Menurut sumber polis dan Facebook Glikstein, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba datang menyerbu dan menjerit: “Apa agama kau sebenarnya?”.

Penyerang berpakaian serba hitam itu kemudian merampas kopiah lelaki berkenaan, mencampakkan dan memijaknya sebelum beredar, kata polis dan sumber tersebut.

Serangan itu menyebabkan luka dan lebam pada wajahnya serta pendarahan dalaman pada otak menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Mount Sinai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Penyerang itu menghalang saya daripada memasuki restoran,” tulisnya dalam bahasa Ibrani di Facebook.

Sehingga petang semalam, tiada tangkapan dilakukan berhubung serangan tersebut. – AGENSI

 
Penyerang berpakaian serba hitam itu kemudian merampas kopiah lelaki berkenaan, mencampakkan dan memijaknya sebelum beredar, kata polis dan sumber tersebut.
******
Part mana kena tumbuknya?
 
Back
Top
Log in Register