BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Pelancong Israel dilarang masuk restoran ini'

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3314317.webp

Itzik bersama rakan-rakannya dihalang memasuki premis itu setelah staf restoran berkenaan menunjukkan papan tanda larangan kepada mereka yang digantung pada pintu masuk. - Foto: Agensi

KOH PHANGAN – Kempen boikot terhadap Israel termasuk pelancong dari negara itu semakin meningkat di banyak negara, termasuk di sebuah restoran popular di Thailand.

Seorang pelancong Israel yang dikenali sebagai Itzik meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa dirinya dimalukan ketika mahu memasuki sebuah restoran di Koh Phangan yang meletakkan papan tanda “No Israelis”.

Itzik dan rakan-rakannya telah dihalang daripada memasuki premis tersebut setelah staf restoran menunjukkan papan tanda larangan itu yang digantung pada pintu masuk.

Ketika Itzik cuba mempersoalkan tindakan berkenaan, pemilik restoran hanya menjelaskan bahawa larangan tersebut dikenakan kerana kumpulan pelancong Israel sebelum ini hanya memesan dua hidangan, sekali gus menyebabkan kerugian kepada pihak restoran.

Itzik mendakwa kejadian itu sebagai sentimen anti-Yahudi dan menyatakan ia mencemarkan imej pulau tersebut yang sering dikunjungi pelancong dari Israel.

Difahamkan, pelancong Israel lain turut berdepan larangan serupa di restoran yang sama.

Seorang wanita turut mendakwa dia dan teman lelakinya telah dihalau hanya kerana kekasihnya tidak memesan sebarang makanan. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register