BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah Jangka Panjang Siap Hujung Tahun Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah Jangka Panjang Siap Hujung Tahun Ini​

b51706e2e08ecf69c5355cc8d3e29c2a6a2528973e70e


Kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) sedang merangka Pelan Pembangunan Pelancongan Sabah jangka panjang yang komprehensif dan dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelan tindakan itu akan menetapkan hala tuju baharu bagi pertumbuhan sektor pelancongan dengan arah yang jelas, menangani aspek kemampanan dan cabaran seperti hubungan penerbangan, mencerminkan aspirasi rakyat tempatan serta menyediakan kerangka pembangunan yang melangkaui pelan induk terdahulu.

Beliau berkata dengan pelbagai program yang sedang dilaksanakan ketika ini, Sabah berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran empat juta ketibaan pelawat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 serta membuat persediaan bagi Tahun Melawat Sabah 2027.

“Tahun lepas Sabah mencatat prestasi memberangsangkan dengan menerima 3.79 juta ketibaan pelawat meningkat 20.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang menjana pendapatan RM8.74 bilion dan mewujudkan hampir 400,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Hilton Garden Inn Kota Kinabalu di Kampung Pulau Simpangan, Kuala Matinggi di sini hari ini.

Hajiji berkata walaupun terdapat faktor luaran yang boleh mempengaruhi sektor pelancongan, KePKAS terus berusaha mengimbangi aspek kemampanan, memperkukuh kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti serta memanfaatkan inovasi digital bagi membina industri pelancongan yang berdaya tahan dan bernilai tinggi.

Beliau berkata ia bagi memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan pemeliharaan alam sekitar dan budaya, selain mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan pilihan di peringkat serantau dan global.

“Pembangunan seperti itu menyokong beberapa teras utama strategi pertumbuhan pelancongan, termasuk memperkukuh pilihan penginapan premium dan mampan, mewujudkan peluang pekerjaan serta pembangunan kemahiran penduduk tempatan, memperkasa perusahaan berasaskan komuniti melalui rantaian bekalan dan mempromosikan pelancongan yang menghormati serta memelihara alam sekitar.

“Pembukaan Sheraton Kota Kinabalu pada awal bulan lepas, bersama hotel yang bakal dibina atau kini berada dalam peringkat pembinaan memberi isyarat jelas Sabah kekal sebagai destinasi yang kompetitif dan menarik bagi pelaburan berkualiti dalam sektor pelancongan serta hospitaliti,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register