BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon watak gangster Daddy Rock meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14122100676332629-351823.jpg

14122100676332629-351824.jpg


Pelakon watak gangster Daddy Rock meninggal dunia


Kuala Lumpur: Pelakon watak gangster, Daddy Rock atau Shahrol Asikin Mohd Shahriff, 51, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, hari ini selepas tiga hari sambutan ulang tahun kelahiran, Sabtu lalu.



Sebelum ini, berita mengenai keadaan kesihatan Allahyarham tular apabila pengarah, Hashim Rejab berkongsi hantaran di Facebooknya.

Perkongsian gambar itu menunjukkan Daddy Rock menggunakan bantuan alat pernafasan termasuk penjelasan isterinya yang dimuat naik di InstaStory akaun Instagram (IG) Papa Rock Never Dai.

Sementara itu, Niza menerusi WhatsApp Story di telefon suaminya tengah malam tadi menulis, dia reda dengan ketentuan Allah.

Allahyarham pernah dirawat di sebuah pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam pada Oktober 2021 bagi pembedahan memasukkan sten berikutan saluran darah ke jantung tersumbat.

Keadaan kesihatannya yang tidak menentu sering mendapat perhatian beberapa persatuan hiburan antaranya KARYAWAN yang sering menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebannya.

Sepanjang karier lakonannya, Daddy Rock pernah membintangi pelbagai filem dan drama antaranya Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang, Bohsia, Kampung People dan Gerak Khas dengan memegang watak antagonis.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Nakhoda, Selayang pada tengah hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register