BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Uzbekistan Dinobat Juara PABM 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
fc567801990c3a174e8f142d63bbf4ee69fe0c706afed

079a71597a4abbc30d5b87381b15e99b69fe0d4bad112

1b7226eac2ba2a2c3256e5625b33059269fe0e411da27

6d337cc3015a3c2dbe9345232f895c0d69fe0f0163402

4dc95a138451c8e53415c97eadc204a169fe0e7f9f3d1

b0e0f1d4c9954d97c5dc73066f3d45d869fe0ead757cc

b971dac159dfd8480e2d907644fe242969fe0e5b66c43

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Iena Batrisyia Sulaiman (tengah) menjadi juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2026 kategori Alam Melayu manakala pelajar Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dari Pakistan Amna Masood (kanan) menjadi juara kategori pelajar antarabangsa di Malaysia dan pelajar Tashkent State University of Oriental Studies dari Uzbekistan, Abdullayeva Madinabonu Nizomiddin Qizi (kiri) menjadi juara bagi kategori Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang malam ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pelajar dari Uzbekistan Abdullayeva Madinabonu Nizomiddin Qizi, dinobatkan sebagai johan kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2026, yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, malam ini.

Pelajar Tashkent State University of Oriental Studies berusia 20 tahun itu, melakar sejarah apabila menghadiahkan kemenangan kali keempat buat Uzbekistan pada pertandingan berprestij berkenaan.

“Saya sangat gembira, Alhamdulillah. Saya menjadi johan kali keempat untuk Uzbekistan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Abdullayeva berkata perasaan gemuruh sebelum berpidato, hampir menyebabkan beliau terlupa teks pidatonya, namun berjaya mengawal keadaan sehingga dinobatkan sebagai juara.

Mengulas persediaannya, Abdullayeva berkata beliau mula menjalani latihan sejak dua bulan lepas bagi memperkemas sebutan dan gaya penyampaian pidatonya.

Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Sergei Ermakov daripada Lomonosov Moscow State University, Rusia, manakala tempat ketiga menjadi milik Qiu Ziyi daripada Beijing Foreign Studies University, China.

Bagi kategori Alam Melayu, johan disandang Aiena Batrisyia Sulaiman daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sementara Mohamad Iqbal Sopian Saputra daripada Universiti Tanjungpura, Indonesia muncul naib johan dan tempat ketiga dimenangi Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairul daripada Universiti Malaya.

Kategori Antarabangsa di Malaysia pula, menyaksikan Amna Masood dari Pakistan yang menuntut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dinobatkan sebagai johan.

Tempat kedua dimenangi Aisyah Hikmah dari Burundi yang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), manakala tempat ketiga menjadi milik Amr Ibrahim Yusuf dari Mesir, yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 
Back
Top
Log in Register