BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NTIS MOSTI Dinobat Juara Global E-Science Di Geneva

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

NTIS MOSTI Dinobat Juara Global E-Science Di Geneva​

1fa295b56f9e76c0a33b93d9327c57ad6a620998dd69e

Kredit : FB NTIS

Program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) diterajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dinobat juara Kategori 14: Action Line C7 (E-Science) dalam Hadiah Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2026 yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan pengiktirafan global itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi di rantau ini menerusi pendekatan strategik pembangunan ekosistem berteraskan konsep living lab.

Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Dr K Nagulendran berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan daya saing syarikat teknologi tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.

“NTIS akan terus menjadi platform penting dalam menangani cabaran dihadapi syarikat pemula tempatan serta meningkatkan kadar pengkomersialan inovasi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan memperkukuh keupayaan teknologi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadiah WSIS dianjurkan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bertujuan memberi pengiktirafan terhadap projek dan inisiatif digital dari seluruh dunia yang cemerlang dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Diterajui MOSTI dengan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dipertanggungjawabkan untuk mempercepat pengkomersialan penyelidikan dan teknologi, NTIS kini menjadi antara tonggak utama ekosistem inovasi negara sejak dilancarkan sebagai inisiatif perintis pada 2020.

Sejak diperkenalkan, program itu berjaya memudah cara nilai pengkomersialan melebihi RM171.8 juta, selain menyalurkan RM147 juta pembiayaan kepada 147 projek di seluruh negara.

Inisiatif itu turut mewujudkan 388 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, menjana RM122.8 juta nilai eksport serta menghasilkan 39 harta intelek (IP) baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Ashran Ghazi berkata kejayaan itu sebagai hasil usaha bersama seluruh ekosistem inovasi negara terdiri daripada para inovator, rakan strategik dan agensi pelaksana.

 
Back
Top
Log in Register