BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah

Guru Direman Bantu Siasatan Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh​

6844cce11fbdf2d59d62799ecf4f717a69dc675fa1179


Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.

Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.

Insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

 

14208564161793861-389558.jpg

14208564161793861-389559.jpg

14208564161793861-389560.jpg

14208564161793861-389561.jpg


'Saya maafkan, lagi pun banyak kali cikgu mohon maaf'


KOTA BHARU - "Saya maafkan. Lagipun cikgu banyak kali cikgu mohon maaf semasa kami berjumpa."



Ujarnya, guru terbabit beberapa kali memohon maaf padanya semasa mereka bertemu selepas kejadian itu.

"Dia cakap gelap mata, tak tahu nak cakap apa. Sedar-sedar benda sudah berlaku.

"Saya pandang wajahnya, dia kelihatan seperti terkejut dan trauma. Apa pun ini semua takdir ALLAH, kalau marah, nanti marah pada apa yang ALLAH takdirkan.

"Kita faham, tiada orang yang mahu perkara ini berlaku," katanya.

Bagaimanapun Zuraifah memberitahu, jika cikgu terbabit serta ahli keluarga hendak datang ke rumah, dia tidak izinkan.

Katanya, buat masa sekarang biarlah dulu mereka tenang.

Ujarnya yang bekerja sendiri, Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa dijaganya sejak bayi lagi.

"Kakak saya, ibu kepada arwah meninggal dunia selepas bercerai. Tetapi sebelum itu memang mereka tinggal bersama saya di rumah keluarga di sini sejak kecil lagi.

"Selepas kematian ibu mereka lima tahun lalu, saya yang mengambil alih menjaga keempat-empat beradik ini," katanya.


Katanya, jenazah anak ketiga daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gayong di sini jam 9.30 malam pada Ahad.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Sumber : Sinar Harian
 

Kes Rempuh Pelajar: Guru Wanita Bakal Didakwa​

ff1202f84388fa96a1f69c77b8b07b4f69ddd64474b5b

Seorang guru wanita berumur 57 tahun yang disyaki merempuh dua pelajar sehingga mengorbankan seorang daripadanya di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, Ahad lepas akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini selepas tamat tempoh reman dua hari.


Seorang guru wanita berumur 57 tahun yang disyaki merempuh dua pelajar sehingga mengorbankan seorang daripadanya di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, Ahad lepas akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini selepas tamat tempoh reman dua hari.

"Suspek akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat selepas siasatan selesai mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis juga telah selesai merakam keterangan guru berkenaan," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, pemandu boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan lesen memandu.

Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

 
dgr cite pakai dua kaki bawak kereta auto..
satu pijak brek, satu lagi pijak minyak..
 
selain dari kesalahan guna dua kaki pijak pedal, pelik juga kenapa berada di gear D dan bukan R??
patut kene reverse utk kluar dari parking..

harap2 xde isu nak gurau takutkan budak kat hadapan..
klu nak ke belakang sbb ade halangan, tros ke depan balik munkin bole trima..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register