BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141
06424a443f4eb52a75b145b402a9fe2269db81b36f284

5e66109bb08f1123c4535022aba0b24569db81c580b85


Seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut dipercayai dilanggar sebuah kereta di dalam kawasan sebuah sekolah di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ibu saudara mangsa, Zuraifah Noor, 43, berkata menjadi rutin hariannya untuk menjemput Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dan abangnya Mohd Ali Mustaqim, 15, yang bersekolah di sekolah sama, namun hari ini mereka lambat tiba ke kereta.

"Namun, tiba-tiba Mohd Ali Mustaqim memaklumkan kepada saya yang adiknya sudah tiada. Saya terkejut dan tidak menyangka sama sekali ia berlaku dan terus menuju ke surau (dipercayai lokasi kejadian)," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini hari ini.

Allahyarham Nur Fatimatul Hawa dipercayai meninggal dunia apabila sebuah kenderaan melanggarnya selepas mangsa selesai menunaikan solat zuhur berjemaah di surau sekolah.

Zuraifah yang masih terkejut dan bersedih berkata sejak adiknya, Siti Maheran yang juga ibu kepada mangsa meninggal dunia lebih lima tahun lepas, dia mengambil tugas menguruskan keempat-empat anak saudaranya termasuk arwah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Zuraifah yang menghubunginya ketika masih berada di tempat kerja di Kampung Chepa.

"Ketika itu saya tidak tahu perkara sebenar sehingga saya tiba di sekolah berkenaan. Sebaik tiba di sekolah, saya terus ke kawasan surau dan terkejut apabila anak saya sudah terbaring kaku dan meninggal dunia," katanya dan berharap akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

Beliau berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas, di sini selepas selesai proses bedah siasat.

 
389473-389473.jpg


“Baru Lepas Solat Zohor… Tak Sangka Itu Saat Terakhir Seorang Anak”

Seorang pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah.

Difahamkan, ketika kejadian arwah baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor.

Dia hanya mahu memakai kasut sebelum pulang seperti pelajar lain.

Namun siapa sangka, beberapa saat selepas itu, berlaku kejadian yang meragut nyawanya.


Dia terus berlari ke surau dan memeluk jenazah adiknya yang sudah tidak bernyawa di tangga surau.

Bayangkan luluhnya hati seorang abang apabila adik yang selama ini bergurau dan membesar bersama pergi secara tiba-tiba di depan matanya sendiri.

Bapa mangsa pula memaklumkan dia sedang bekerja sebelum menerima panggilan daripada adik iparnya yang menangis meminta dia segera ke sekolah.

Sebaik tiba di sana, dia hanya mampu melihat anak perempuannya sudah terbaring kaku.

Lebih memilukan, arwah merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan sudah kehilangan ibu sejak lima tahun lalu.

Kini, keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan yang sangat besar.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar arwah Nur Fatimatul Hawa ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Tinggalkan doa buat arwah dan keluarganya di ruangan komen.

#kiniviral
 

KPM Mula Siasatan Dalaman Insiden Pelajar Maut Dirempuh - Fadhlina​

795f5fb5aaebf559fcebb71c2b2d427b69b2a816c4f2f

Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman kejadian kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan tingkatan satu di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata siasatan itu bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan, selain kejadian juga sedang disiasat pihak berkuasa.

“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang terlibat kemalangan pada petang ini.

“Mewakili seluruh keluarga KPM, saya zahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fadhlina berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa, dengan aspek kebajikan dan kesejahteraan pihak terlibat perlu diberi tumpuan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan sekolah tersebut.

Beliau berkata kejadian pada 1.50 tengah hari dipercayai berlaku apabila pemandu wanita itu tersalah menekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian - PM Anwar​

e0be9e18bf6934804f3e27b20619996e69dbbe68b4c1e


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.

Kejadian pada 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
14208370590809917-389501.jpg

14208370590809917-389502.jpg

14208370590809917-389503.jpg

14208370590809917-389504.jpg


Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman


KOTA BHARU - Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.

Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.

Sebelum itu Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Sumber : Sinar Harian
 

14207926049137517-389394.jpg

14207926049137517-389395.jpg

14207926049137517-389396.jpg

14207926049137517-389397.jpg


Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah


KOTA BHARU – Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.


“Saya berada di luar sekolah sambil menunggu rakan untuk pulang bersama.

“Kemudian ada rakan datang beritahu adik dilanggar sebuah kereta di depan surau sekolah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) di sini pada Ahad.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia terus memeluk jenazah adiknya yang ketika itu berada di tangga surau.

Ujarnya, dia dimaklumkan kereta yang melanggar adiknya itu diparkir di depan surau tersebut.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, memberitahu mangsa ialah anak ketiga daripada empat beradik dan dua anaknya bersekolah di sekolah yang sama.

Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja sebelum dihubungi adik iparnya sambil menangis dan meminta dia ke sekolah berkenaan.

“Tiba di sana saya melihat anak sudah terbaring kaku dan ditempatkan di surau. Ketika itu saya sangat terkejut dan tergamam melihat jenazah anak,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah memaklumkan anaknya sudah meninggal dunia.


“Arwah ialah anak ketiga dan kesemua anak saya tinggal bersama adik ipar selepas kematian isteri sejak lima tahun lalu,” katanya.

Beliau memberitahu, sejak kematian isteri, mereka sekeluarga akan berjumpa dua kali seminggu di rumah adik iparnya.

Ujarnya, jenazah anak perempuannya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Mas selepas selesai bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel : Sinar Harian
 
aduh sedih betul kejadian ni..benda dlm skolah kot..tp ujian berat utk cikgu tu jgk katanya servis lg berapa tahun lg dah nk pencen
 
Back
Top
Log in Register