combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pelajar terpaksa berhimpit dengan lembu ke sekolah
Tangkap layar video menunjukkan pelajar-pelajar itu menaiki pikap trap bersama seekor lembu. – Lambe Turah
JAKARTA – Sekumpulan pelajar di wilayah Sulawesi Tenggara mengundang perhatian orang ramai apabila sanggup pergi ke sekolah dengan menaiki trak pikap membawa muatan lembu, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar-pelajar itu duduk berhimpit di atas trak pikap sambil menutup hidung mereka kerana tidak tahan dengan bau hamis.
Lembu tersebut hanya mendiamkan diri ketika dikelilingi pelajar-pelajar.
Mereka terpaksa menaiki trak pikap ke sekolah kerana kawasan itu kekurangan pengangkutan awam.
Sebilangan pengguna media sosial menggesa pemerintah atau pihak berkuasa untuk menyediakan inisiatif agar pelajar mudah ke sekolah. – AGENSI
Pelajar terpaksa berhimpit dengan lembu ke sekolah
JAKARTA – Sekumpulan pelajar di wilayah Sulawesi Tenggara mengundang perhatian orang ramai apabila sanggup pergi ke sekolah dengan menaiki trak pikap membawa muatan lembu, lapor portal berita Lambe Turah.Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pelajar-pelajar itu duduk berhimpit di...
www.kosmo.com.my