BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Sekolah Menengah Kejar Tiga Rakan Dengan Pisau Pemotong Kertas Selepas Dibaling Ais

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pelajar Sekolah Menengah Kejar Tiga Rakan Dengan Pisau Pemotong Kertas Selepas Dibaling Ais​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang pelajar sekolah menengah bertindak mengejar dua rakannya sambil memegang pisau pemotong kertas berikutan berang, selepas dipercayai dibaling dengan ais berkali-kali, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 2.50 petang di sebuah sekolah menengah di daerah berkenaan, ketika satu program sedang berlangsung di dewan terbuka sekolah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati dua pelajar, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, dipercayai membaling ais beberapa kali terhadap suspek yang merupakan pelajar tingkatan satu.

“Suspek kemudiannya bertindak mengeluarkan pisau pemotong kertas di dalam bekas pensilnya, sebelum mengejar seorang daripada mangsa kira-kira 50 meter hingga ke kawasan surau sekolah dan kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad berkata dua lagi pelajar lelaki yang berada bersama mangsa turut melarikan diri kerana bimbang menjadi sasaran suspek.

Beliau berkata bagaimanapun seorang guru berjaya memujuk suspek melepaskan pisau pemotong kertas dipegangnya dan ketiga-tiga mangsa kembali ke dewan selepas keadaan terkawal serta tiada kecederaan dilaporkan.

“Keluarga suspek turut dipanggil ke sekolah sebelum membawa pelajar terbabit pulang dan siasatan mendapati kesemua pelajar terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini.

“Suspek juga dikatakan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka, dengan sesi rawatan terakhir direkodkan pada 3 Jun dan pihak sekolah juga sedia maklum mengenai keadaannya,” katanya.

Ahmad berkata laporan polis dibuat guru sekolah berkenaan di sebuah balai polis pada malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

 
lps ni pisau dgn gunting dh xbley bwk g sekolah la jwb nye

diorg ni pn agknye buli melampau
dh lama pendam agknye bdk tu
 
If this occurred in Kelantan, PH will have a field day
 
Suspect tu victim
Sepatutnya pembuli tu dihukum
 
terus msuk statistik tertinggi :LOL:

Reyer terus buat press conference panggil cnn cnbc espn semua
Sawan terus berbuih mulut terlalu excited
 
Back
Top
Log in Register